Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458855
Title: | Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menjaga keturunan : daripada perspektif maqasid syari'ah |
Authors: | Adibah binti Bahori (P 44876) |
Supervisor: | Amir Husin Mohd. Nor, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Jabatan Kebajikan Masyarakat Keturunan Perspektif maqasid syari'ah Kinship -- Religious aspects -- Islam |
Issue Date: | 23-Jun-2011 |
Description: | Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukan usaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak. Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama. Usaha ini perlu di atasi dengan serius kerana ia melibatkan pembentukan keturunan dan masa depan negara. Hal ini seolah-olah telah merosakkan kesucian nasab keturunan. Kadar pembuangan bayi yang semakin serius yang melibatkan individu muslim dalam berbagai peringkat menambahkan lagi minat penulis untuk melihat apakah peranan negara khususnya di Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha menjamin kesejahteraan keturunan dan pembangunan institusi kekeluargaan di Malaysia. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk membincangkan peranan serta dasar-dasar Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Masyarakat (KPWKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menurut perspektif maqasid syari'ah. Metode yang digunakan dalam menghasilkan kajian ini melibatkan analisa dokumen (kajian kepustakaan) terhadap buku-buku dan bahan-bahan yang berkaitan. Di samping itu juga kajian lapangan dilakukan dengan kaedah temubual dengan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rumah Kanak-kanak di Daerah Rembau. Hasil kajian mendapati peranan mereka ini sudah menepati sebahagian kehendak maqasid syari'ah. Namun penekanan terhadap program-program kerohanian dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sesebuah institusi kekeluargaan juga perlu diberi perhatian. Ini kerana penjagaan keturunan adalah bermula dari institusi rumah tangga.,Master/Sarjana |
Pages: | 101 |
Call Number: | BP190.5.K55.A33 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74586+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.