Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458854
Title: Analisis penterjemahan gaya bahasa dalam novel Khan al-Khalili (Lelaki dalam pasungan) karya Najib Mahfuz
Authors: Muh. Naim Madjid (P38888)
Supervisor: Maheram Ahmad, Dr.
Keywords: Penterjemahan
Gaya bahasa
Novel Khan al-Khalili (Lelaki dalam pasungan)
Karya Najib Mahfuz
Arabic literature -- Egypt -- Translations into Indonesian
Issue Date: 15-Jul-2011
Description: Kajian ini bertitik tolak daripada pemerhatian pengkaji yang melihat adanya ketidaktepatan terjemahan gaya bahasa dalam karya sastera dan keterbatasan kemampuan dan kemahiran penterjemah dalam menterjemahkan teks-teks sastera. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan aspek gaya bahasa, untuk menganalisis metode terjemahan yang digunakan penterjemah serta melakukan penilaian (kritikan) terhadap terjemahan gaya bahasa tersebut. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan metodologi analisis deskriptif dengan berasaskan pada gagasan korpus kajian sastera bahawa pemilihan sampel secara terkawal akan menghasilkan jawapan yang tuntas. Dua bahan kajian ini ialah teks Arab novel Khan Al-Khalili dan teks terjemahan Indonesia Lelaki Dalam Pasungan. Data diambil secara rawak dengan cara loteri daripada 11 bahagian kisah yang bermula daripada halaman lima hingga halaman 87. Dalam penelitian ini, terdapat 34 sampel kajian; sepuluh sampel metonimi, sepuluh sampel sinekdoke, hanya empat sampel paradoks dan sepuluh sampel hiperbola. Kajian ini menunjukkan bahawa dalam penterjemahan gaya bahasa metonimi, terdapat beberapa perkataan yang tidak menggambarkan kepada makna asal, perkataan-perkataan itu menunjukkan satu bentuk terjemahan bebas. Pada aspek sinekdoke, penterjemah menggunakan metode terjemahan harfiah dan terdapat beberapa perkataan yang tidak diterjemahkan secara tepat. Penterjemah masih terikat kepada metode terjemahan harfiah dalam penterjemahan sampel-sampel paradoks dan terdapat beberapa perkataan dalam bahasa sumber, yang tidak diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran. Berkenaan aspek hiperbola, penterjemahan adalah baik dan pada umumnya penterjemahan menggunakan metode terjemahan harfiah, namun terdapat beberapa sampel yang diterjemahkan berdasarkan metode terjemahan bebas bagi menghasilkan makna hiperbola daripada ayat-ayat tersebut.,Master/Sarjana
Pages: 136
Call Number: PJ7846.A55.M84 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74583+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
818.75 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.