Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458853
Title: | Penyertaan dalam kerajaan : satu kajian tafsir Mawdui berasaskan kepada surah Yusuf |
Authors: | Zulkarim Anwar Harahap (P 37384) |
Supervisor: | Mohd. Nazri Bin Ahmad, Ustaz |
Keywords: | Kerajaan Tafsir Mawdui Surah Yusuf Islam and politics |
Issue Date: | 10-Aug-2011 |
Description: | Peluang dan kebebasan dalam demokrasi yang telah diperoleh oleh kaum muslimin pada masa sekarang ini merupakan asas yang membawa kepada penyertaan mereka dalam kerajaan yang tidak Islam. Penglibatan ini dapat melakukan Islah al-Hukumah atau pembaikan terhadap kerajaan. Oleh itu kajian ini akan mengenal pasti bentukbentuk penyertaan dalam kerajaan yang tidak Islam dan garis panduan penglibatan tersebut serta kepentingan penyertaan kaum muslimin dalam kerajaan yang tidak Islam. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis data dilakukan secara deskriptif. Pendekatan Tafsir Mawduci berdasarkan kepada dalil-dalil yang terdapat dalam Surah Yusuf dilakukan untuk menganalisis penyertaan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan. Penyelidikan ini menumpukan kepada aspek penyertaan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan bagi menghasilkan satu pendekatan semasa yang jelas dan relevan, serta penyesuaiannya dengan realiti dan permasalahan semasa yang wujud pada masa kini, sehingga dapat menghasilkan satu pandangan yang sesuai dan praktikal mengikut tuntutan agama dan keperluan masyarakat. Penyelidikan ini mendapati bentuk penglibatan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan sebagai kuasa eksekutif dengan peran utamanya sebagai pentadbir ekonomi dalam sistem kewangan negara. Garis panduan bagi keterlibatan seorang muslim dalam kerajaan yang tidak Islam ialah sifat amanah dan memiliki kepakaran dalam bidangnya. Kepentingan penglibatan tersebut ialah untuk menegakkan Syariat Islam, mengislah serta mensejahterakan masyarakat. Kajian ini dapat dijadikan panduan bagi penglibatan aktivis dakwah Islam dalam politik.,Master/Sarjana |
Pages: | 113 |
Call Number: | BP173.7.Z836 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74579+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 768.03 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.