Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458853
Title: Penyertaan dalam kerajaan : satu kajian tafsir Mawdui berasaskan kepada surah Yusuf
Authors: Zulkarim Anwar Harahap (P 37384)
Supervisor: Mohd. Nazri Bin Ahmad, Ustaz
Keywords: Kerajaan
Tafsir Mawdui
Surah Yusuf
Islam and politics
Issue Date: 10-Aug-2011
Description: Peluang dan kebebasan dalam demokrasi yang telah diperoleh oleh kaum muslimin pada masa sekarang ini merupakan asas yang membawa kepada penyertaan mereka dalam kerajaan yang tidak Islam. Penglibatan ini dapat melakukan Islah al-Hukumah atau pembaikan terhadap kerajaan. Oleh itu kajian ini akan mengenal pasti bentukbentuk penyertaan dalam kerajaan yang tidak Islam dan garis panduan penglibatan tersebut serta kepentingan penyertaan kaum muslimin dalam kerajaan yang tidak Islam. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis data dilakukan secara deskriptif. Pendekatan Tafsir Mawduci berdasarkan kepada dalil-dalil yang terdapat dalam Surah Yusuf dilakukan untuk menganalisis penyertaan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan. Penyelidikan ini menumpukan kepada aspek penyertaan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan bagi menghasilkan satu pendekatan semasa yang jelas dan relevan, serta penyesuaiannya dengan realiti dan permasalahan semasa yang wujud pada masa kini, sehingga dapat menghasilkan satu pandangan yang sesuai dan praktikal mengikut tuntutan agama dan keperluan masyarakat. Penyelidikan ini mendapati bentuk penglibatan Nabi Yusuf a.s. dalam kerajaan sebagai kuasa eksekutif dengan peran utamanya sebagai pentadbir ekonomi dalam sistem kewangan negara. Garis panduan bagi keterlibatan seorang muslim dalam kerajaan yang tidak Islam ialah sifat amanah dan memiliki kepakaran dalam bidangnya. Kepentingan penglibatan tersebut ialah untuk menegakkan Syariat Islam, mengislah serta mensejahterakan masyarakat. Kajian ini dapat dijadikan panduan bagi penglibatan aktivis dakwah Islam dalam politik.,Master/Sarjana
Pages: 113
Call Number: BP173.7.Z836 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74579+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
768.03 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.