Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458852
Title: | Motivasi pembelajaran Bahasa Arab di kalangan pelajar diploma pelancongan Jabatan Hospitaliti di Politeknik Merlimau, negeri Melaka |
Authors: | Adnan bin Derahman (P 44840) |
Supervisor: | Kaseh bt. Abu Bakar, Dr. |
Keywords: | Motivasi Pembelajaran Bahasa Arab pelajar diploma pelancongan Jabatan Hospitaliti Politeknik Merlimau negeri Melaka Motivation in education -- Malaysia -- Melaka |
Issue Date: | 12-Aug-2011 |
Description: | Kajian ini menilai tahap motivasi pelajar-pelajar Diploma Pelancongan terhadap pembelajaran Bahasa Arab di Politeknik Merlimau. Merujuk kepada permasalahan kajian, kajian ini patut dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan pembelajaran Bahasa Arab di kalangan pelajar mengikut model 'L2 Motivational Self-System'. Seramai 120 pelajar semester satu, dua, tiga, lima dan enam sebagai responden kajian. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Program Statistical Pakage For Social Science (SPSS v. 17) bagi mendapatkan peratusan, skor min, sisihan piawai dan hubungan melalui analisis korelasi Pearson. Kaedah Korelasi Pearson (r) antara pelajarpelajar yang sedang mengikuti kursus dan yang telah tamat, dan antara pelajar yang pernah belajar Bahasa Arab atau tidak, di peringkat sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab dengan purata skor min bagi keseluruhan iaitu 3.53 pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab mengikut antara pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus dan yang telah tamat, dan antara pelajar yang pernah belajar Bahasa Arab atau tidak di peringkat sekolah menengah. Akhir sekali, komen dan cadangan disarankan kepada pelajar, pensyarah, pihak pengurusan politeknik dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar.,Master/Sarjana |
Pages: | 121 |
Call Number: | LB1065.A33 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74577+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.