Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458851
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Nasyrudin bin Wan Abdullah, Dr. | |
dc.contributor.author | Abd Rashid Zainal (P48826) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:34:40Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:34:40Z | - |
dc.date.issued | 2011-06-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74535 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458851 | - |
dc.description | Kefahaman yang berbeza tentang keadilan menyebabkan wujud konflik dalam masyarakat. Sehubungan itu, keadilan ini perlu dilihat melalui perspektif al-Quran, supaya ia selari dengan kehendak Ilahi. Kajian ini bertujuan untuk mengupas konsep al-adl menurut al-Quran. Objektif kajian ini juga untuk menjelaskan ciri-ciri suami yang adil dalam amalan berpoligami dan kaedah yang dipraktikan oleh Kelab Poligami Ikhwan sehingga berjaya membudayakan amalan poligami yang harmoni. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan juga kajian lapangan. Metod yang digunakan ialah kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik manakala metod kualitatif ialah dengan menganalisa dokumen, menemubual dan pemerhatian. Seramai 102 responden menjawab borang soalselidik. Hasil kajian kepustakaan mendapati al-adl mempunyai tiga pecahan utama iaitu bersikap adil terhadap Allah, bersikap adil terhadap manusia dan bersikap adil terhadap diri sendiri. Al-adl yang dituntut dalam berpoligami berkaitan perkara yang zahir, manakala perkara berkaitan kecenderungan hati tidak diwajibkan. Berdasarkan daripada kajian kuantitatif mendapati tahap skor min adalah tinggi bagi kefahaman berpoligami, realiti hidup berpoligami, dan ciri-ciri suami yang adil. Kelab Poligami Ikhwan berjaya melalui cabaran berpoligami kerana ada role model, modul poligami, suasana berjemaah serta kuat menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia. Antara dapatan penting dalam kajian ini tentang keadilan suami iaitu mampu membawa para isteri mengesakan Allah SWT dengan melaksanakan segala tuntutan iman dan Islam sebaliknya ekonomi yang kukuh bukan syarat utama untuk suami berlaku adil.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Al-'adl | |
dc.subject | Al-Quran | |
dc.subject | Poligami | |
dc.subject | Kelab Poligami Ikhwan | |
dc.subject | Polygamy (Islamic law) | |
dc.title | Konsep al-'adl menurut al-Quran : kajian al-'adl dalam amalan berpoligami Kelab Poligami Ikhwan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 152 | |
dc.identifier.callno | BP158.P64.A237 2011 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74535+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.