Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458849
Title: | Penentuan harga dalam produk pembiayaan hutang di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad |
Authors: | Hesham bin Mahyidin (P38807) |
Supervisor: | Sofian Ahmad, Dr |
Keywords: | Penentuan harga Produk Pembiayaan hutang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Price regulation (Islamic law) |
Issue Date: | 31-May-2011 |
Description: | Sistem Perbankan Islam (SPI) didefinisikan sebagai suatu sistem perbankan di mana prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam. Ini bererti segala operasi dalam bank dilakukan berlandaskan hukum Syariah. Terdapat isu di mana wujudnya perbezaan dalam penentuan kadar keuntungan antara setiap produk pembiayaan yang ditawarkan di samping persepsi masyarakat yang menganggap kadar keuntungannya sama dengan bank konvensional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang prosedur dan kaedah penentuan harga dalam produk-produk pembiayaan hutang di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad serta faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penentuan harga produk-produk pembiayaan. Selain daripada itu kajian ini membandingkan harga produk-produk pembiayaan yang di tawarkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Metodologi yang digunakan adalah melalui kajian kepustakaan dan temubual pegawai di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Hasil daripada kajian ini mendapati penentuan kadar harga dibuat berdasarkan kepada dua aspek iaitu aspek dalaman dengan mengambil kira kepada jenis pembiayaan, tempoh pembiayaan, kos operasi, kos dana, kos kecairan tunai dan cagaran. Manakala aspek luaran pula bersandarkan kepada Kadar Dasar Semalaman, KDNK, pasaran wang dan pasaran modal serta persaingan dalam industri perbankan.,Master/Sarjana |
Pages: | 124 |
Call Number: | BP158.P675.H447 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74513+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.08 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.