Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458849
Title: Penentuan harga dalam produk pembiayaan hutang di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Authors: Hesham bin Mahyidin (P38807)
Supervisor: Sofian Ahmad, Dr
Keywords: Penentuan harga
Produk
Pembiayaan hutang
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Price regulation (Islamic law)
Issue Date: 31-May-2011
Description: Sistem Perbankan Islam (SPI) didefinisikan sebagai suatu sistem perbankan di mana prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam. Ini bererti segala operasi dalam bank dilakukan berlandaskan hukum Syariah. Terdapat isu di mana wujudnya perbezaan dalam penentuan kadar keuntungan antara setiap produk pembiayaan yang ditawarkan di samping persepsi masyarakat yang menganggap kadar keuntungannya sama dengan bank konvensional. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang prosedur dan kaedah penentuan harga dalam produk-produk pembiayaan hutang di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad serta faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penentuan harga produk-produk pembiayaan. Selain daripada itu kajian ini membandingkan harga produk-produk pembiayaan yang di tawarkan oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Metodologi yang digunakan adalah melalui kajian kepustakaan dan temubual pegawai di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad. Hasil daripada kajian ini mendapati penentuan kadar harga dibuat berdasarkan kepada dua aspek iaitu aspek dalaman dengan mengambil kira kepada jenis pembiayaan, tempoh pembiayaan, kos operasi, kos dana, kos kecairan tunai dan cagaran. Manakala aspek luaran pula bersandarkan kepada Kadar Dasar Semalaman, KDNK, pasaran wang dan pasaran modal serta persaingan dalam industri perbankan.,Master/Sarjana
Pages: 124
Call Number: BP158.P675.H447 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74513+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.