Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458848
Title: Pendekatan psikologi dakwah dalam al-Quran : kajian terhadap dakwah Nabi Musa A.S. dan Nabi Ibrahim A.S.
Authors: Ahmad Jafri bin Bahar (P47376)
Supervisor: Fariza Md Sham, Prof. Madya Dr.
Keywords: Psikologi dakwah
Al-Quran
Nabi Musa A.S.
Nabi Ibrahim A.S.
Da'wah (Islam)
Issue Date: 19-Aug-2011
Description: Berdakwah merupakan satu tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan. Permasalahan yang timbul ialah pendakwah hari ini sering ditegur kerana tidak mengetahui psikologi atau tidak menggunakan psikologi. Kajian ini membincangkan tentang psikologi dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s kepada kaum dan Raja baginda berdua yang boleh dipraktikkan oleh pendakwah masa kini dalam usaha menyebarkan dakwah Islamiah. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan psikologi yang telah digunakan oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s supaya diterjemahkan sebagai satu metode dakwah yang sesuai diaplikasikan dalam masyarakat moden kini. Kajian ini adalah kajian kepustakaan sepenuhnya. Kajian ini adalah berdasarkan kepada al-Quran sebagai sumber rujukan utama untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s dalam dakwah mereka. Dengan menggunakan kaedah analisis data, penulis mendapati beberapa pendekatan psikologi dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s seperti penggunaan gaya bahasa yang lembut dan halus serta tidak menghina sembahan kaumnya seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Di samping itu penggunaan uslub memberi rangsangan dan ancaman juga dilaksanakan sebagai pendekatan psikologi dakwah. Hasil kajian menunjukkan terdapat persamaan dan perbezaan pendekatan dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s. Di antara persamaan yang ada dalam dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s ialah dakwah berbentuk ketuhanan, dakwah yang tidak menuntut upah, tiada paksaan, terang, jelas dan teratur. Manakala perbezaan yang ada dalam dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s ialah menggunakan cara mukjizat dalam dakwah, menggunakan cara kesabaran dan memberi kemaafan, menggunakan cara lemah lembut dan menggunakan cara dialog secara bersemuka. Kajian ini juga mencadangkan bahawa pendakwah harus mengikut metode dakwah yang dapat menawan, menarik dan menjinakkan hati sasaran supaya perjalanan dakwah akan lebih hebat dan berkesan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati pendekatan psikologi membantu dalam menyampaikan dakwah.,Master/Sarjana
Pages: 109
Call Number: BP170.85.A353 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74500+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.