Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458846
Title: | Konsep al-tafsir al-maqasidi menurut Ibn Ashur dalam Kitab Tafsir al-Tahrir wa al-tanwir |
Authors: | Rasyad Afif bin Ibrahim |
Supervisor: | Muhd Najib bin Abdul Kadir, Prof.Madya Dr. |
Keywords: | Konsep al-tafsir al-maqasidi Ibn Ashur Al-tahrir wa al-tanwir Qur'an -- Commentaries |
Issue Date: | 24-Jul-2012 |
Description: | Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam pentafsiran al-Quran. Pemilihannya berkait rap at dengan kemahiran dan kecenderungan seseorang pentafsir. Sejak akhir-akhir ini, terdapat sebahagian pengkaji yang mula membincangkan sebuah pendekatan yang dikenali sebagai al-Tafsir al-Maqiisidi. Pendekatan ini masih bersifat barn dan jarang diungkapkan oleh para pengkaji tafsir. Ini menyebabkan terdapatnya kesamaran berkenaan pendekatan ini. Kesamaran tersebut tidak terbatas pada konsepnya sahaja, akan tetapi ia juga melibatkan contoh pentafsiran yang mampu menggambarkan penggunaan pendekatan ini. Memandangkan Ibn cAshur mempunyai karya dalam bidang tafsir dan menggunakan pendekatan maqiisid, maka wajarlah dikaitkan kajian ini dengan beliau. Objektif utama kajian ini adalah untuk memperkenalkan pendekatan ini dan menambahkan pemahaman terhadapnya. Ia juga bertujuan untuk menunjukkan sampel penggunaan pendekatan ini yang bersumberkan kitab tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir. Secara keseluruhannya, terdapat tiga isu utama bagi kajian ini iaitu konsep al- Tafsir al-Maqiisidi, teori dan praktikalnya. Data-data kajian ini dikumpulkan melalui metod kajian perpustakaan. Data-data yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan dua kaedah, iaitu induktif dan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan ini mempunyai perkaitan rap at dengan ilmu maqiisid. Namun, pendekatan ini tidak terkhusus pada maqiisid syariah sahaja, bahkan ia juga merangkumi maqiisid al-Quran. Selain itu, kajian ini telah membuktikan kewujudan penggunaan pendekatan ini dan pengaruhnya di dalam kitab tafsir Ibn cAshiir. Kajian ini juga dapat meningkatkan lagi pemaharnan para pengkaji mengenai pendekatan ini, di samping dapat mengaitkan ilmu maqiisid dengan ilmu tafsir. Memandangkan kajian ini lebih bersifat pengenalan, maka ia dapat membuka peluang kepada pengkaji lain menjalankan kajian terhadap pendekatan ini dengan lebih mendalam.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 132 |
Call Number: | BP130.4.R36 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74153+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.