Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458845
Title: Pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Authors: Abdul Rahhim bin Abdul Wahab
Supervisor: Siti Zalikhah binti Md. Nor, Prof. Madya Datin Dr.
Keywords: Pengurusan hartanah wakaf
Waqf -- Malaysia
Charitable uses
trust and foundations -- Malaysia -- Kuala Lumpur
Waqf --- Malaysia
Issue Date: 9-Feb-2012
Description: Wakafmerupakan satu amalan yang digalakkan di dalam Islam dan ia mempunyai nilai ketamadunan yang sangat tinggi di dalam perkembangan Islam. Dalam era ekonomi yang sedang membangun ini pembangunan hartanah wakaf perlu diperkemaskan dan dirancang secara sistematik bagi menjamin proses pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf memberi manfaat kepada seluruh ummah. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tugas dan tanggungjawab ini amat dirasai oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Kapasiti hartanah wakaf yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak terlalu luas jika dibandingkan dengan hartanah wakaf yang terdapat di negeri-negeri lain, akan tetapi nilai hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh mengatasi nilai sebahagian hartanah wakaf di negeri-negeri lain mengikut pasaran semasa, ini kerana ia terletak di tengah bandar dan ibu negara Malaysia. Persoalannya, apakah dengan keluasan yang terhad dan nilai hartanah wakaf yang sangat tinggi ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat mengurus dan membangunkan hartanah wakaf tersebut dengan cara yang terbaik dan memberi pulangan yang setanding dengan nilaian semasa, atas dasar itu matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Objektif kajian adalah mengkaji dan meneliti sistem pengurusan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mengenalpasti bentuk-bentuk pembangunan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mengkaji keluasan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi menjelaskan perkara di atas, kajian perpustakaan dan kaedah temubual telah dilakukan, ini bagi menjamin maklumat yang diperolehi merupakan maklumat yang tepat dan terkini. Basil kajian mendapati Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai tanah wakaf seluas 337,055 kaki persegi bersamaan 7.74 ekar tanah wakaf, yang mana ia terdiri daripada 6 buah masjid, 5 buah sur au , 2 buah Sekolah Agama Rakyat, 2 buah Bangunan, 10 buah rumah kediaman (rumah sewa), sebuah kedai dan bakinya 4 masih tanah kosong yang belum diusahakan dan di akhirnya dicadangkan beberapa cadangan bagi memantapkan pengurusan dan pembangunan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Secara umumnya pengurusaan dan pembangunan hartanah wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih banyak lagi yang perlu ditingkatkan dan dikemaskinikan sarna ada dari aspek pegawai dan kakitangan, sistem dokumentasi, sistem kewangan, penyelarasan undang-undang, Kanun Tanah Negara, tanah gantian dan sebagainya. Justeru, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur perlu mengambillangkah yang positif bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang tirnbul sarna ada dalam pengurusan mahupun pembangunan harta wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar usaha yang dilakukan dapat memberi manfaat kepada pewakaf dan masyarakat Islam. .,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 150
Call Number: BP170.25.A237 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.