Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458844
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzwan Awang, Prof. Madya
dc.contributor.authorHanisah Yahaya
dc.date.accessioned2023-09-13T07:34:28Z-
dc.date.available2023-09-13T07:34:28Z-
dc.date.issued2012-03-19
dc.identifier.otherukmvital:74046
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458844-
dc.descriptionPermasalahan tunggakan pembahagian harta pusaka berpunca daripada ketiadaan mekanisme wasiat. Keadaan ini lebih parah apabila didapati sejumlah 42 bilion harta pusaka dibekukan akibat tiada penulisan wasiat. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan konsep wasiat dengan wisiiyah dalam Islam, mengkaji aplikasi wasiat di Malaysia dan peruntukan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 dari perspektif syarak, mengenalpasti prosedur wasiat sebagai mekanisme perancangan harta, mengkaji penerimaan masyarakat terhadap mekanisme wasiat sebagai perancangan harta orang Islam di Negeri Selangor. Bagi mencapai objektif berkenaan, kajian ini menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan temu bual semi berstruktur dengan 10 orang pegawai yang terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan pembahagian harta pusaka. Selain temu bual, data sekunder diperolehi melalui buku-buku teks, kertas seminar, kajian terdahulu dan statut-statut. Pengedaran soalselidik kepada 30 orang respond en bagi setiap kategori yang terlibat dalam penulisan wasiat, agen pengurusan wasiat dan ahli waris. Pemilihan sampel secara bertujuan digunakan. Data kajian yang dipungut telah dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati konsep wasiat dan wisiiyah Islam adalah sarna dan statut 1999 perlu disemak semula selari dengan hukum syarak. Selain itu, menurut pandangan agensi penulisan wasiat, pentadbiran harta pusaka akan menjadi lebih cepat dan mudah sekiranya pemilik harta menulis wasiat, sedangkan menurut pandangan seksyen pembahagian harta pusaka kecil sebaliknya. Responden lebih cenderung berpendapat bahawa proses pentadbiran harta pusaka menjadi lebih cepat dan mudah sekiranya si mati ada membuat pelantikan wasi dalam wasiatnya. Kebanyakan pewasiat kurang faham berkaitan konsep asas wasiat mengenai kadar dan penerima wasiat. Punca utama kelewatan pembahagian harta pusaka adalah disebabkan waris dan kerenah pentadbiran.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectAplikasi wasiat
dc.subjectMekanisme perancangan harta
dc.subjectWills (Islamic law) -- Malaysia -- Selangor
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)
dc.titleAplikasi wasiat sebagai mekanisme perancangan harta : kajian di negeri Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages191
dc.identifier.callnoBP158.W45.H344 2012 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74046+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
888.4 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.