Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458843
Title: Strategi intervensi pendekatan kognitif dalam kaunseling dari perspektif al-Ghazali
Authors: Warlan Sukandar (P 44892)
Supervisor: Salasiah Bt. Hanin Hamjah, Dr.
Keywords: Strategi intervensi
Kognitif
Kaunseling
Perspektif al-Ghazali
Counseling -- Religious aspects -- Islam
Issue Date: 27-Aug-2010
Description: Teori kognitif Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) mengandaikan manusia mempunyai potensi untuk bertindak secara rasional dan juga secara tidak rasional. Teori ini tidak sepenuhnya sesuai diamalkan untuk kalangan masyarakat Islam, kerana peranan akal dalam Islam adalah terbatas. Oleh itu, perlu dikaji strategi intervensi pendekatan kognitif dalam kaunseling dari perspektif Islam khususnya dari perspektif al-Ghazali, bagi membolehkan pendekatan ini diamalkan di kalangan masyarakat Islam. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji pendekatan kognitif, khususnya Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) yang diperkenalkan oleh Albert Ellis. Di samping itu, ianya juga bertujuan menganalisis aspek kognitif REBT menurut Albert Ellis dari perspektif al-Ghazali dan mengenal pasti strategi intervensi pendekatan kognitif dalam kaunseling dari perspektif al-Ghazali. Reka bentuk kajian ialah berbentuk analisis kandungan, di mana data diperolehi daripada buku-buku karangan al-Ghazali, dan menjadikan Ihya` cUlum al-Din sebagai sumber utama (rujukan primer). Buku-buku berkaitan REBT juga dijadikan sumber utama bagi menganalisis teori tersebut dari perspektif al-Ghazali. Data-data yang telah terkumpul kemudian dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa al-Ghazali memiliki pandangan yang berbeza mengenai aspek kognitif Barat, khususnya teori kognitif REBT Albert Ellis. Menurut al-Ghazali, akal semata-semata tidaklah mampu untuk menyelesaikan masalah. Dalam pengamalannya akal harus seiring dengan wahyu. Walaupun secara lahiriah akal yang memikirkan usaha penyelesaian masalah tersebut, tetapi pada hakikatnya Allah s.w.t. yang mengatur jalannya pemikiran itu. Bentuk strategi intervensi pendekatan kognitif yang harus dilakukan menurut al- Ghazali adalah dengan cara tazkiyah al-nafs dan riyadah al-nafs. Tazkiyah al-nafs bermakna membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela, manakala riyadah al-nafs pula menghiasi hati yang sudah bersih itu dengan sifat-sifat yang terpuji. Kedua-dua bentuk strategi ini harus dilakukan secara bersungguh-sungguh (al-mujahadah) dan latihan yang berterusan (riyadah). Dalam hal ini peranan akal dan wahyu sudah tentu harus berjalan seiring bagi mencapai hasil yang maksimum dalam sesi kaunseling yang dijalankan.,Master
Pages: 203
Call Number: BP190.5.C64.W347 2010
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73975+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.