Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458842
Title: Ganjaran dan hadiah dalam urusniaga semasa menurut perspektif Islam
Authors: Badrul Hakimi bin Mohd Bastamam (P50528)
Supervisor: Mat Noor Bin Mat Zain, Ustaz
Keywords: Ganjaran
Hadiah
Urusniaga
Perspektif Islam
Reward (Islamic law)
Issue Date: 18-Dec-2012
Description: Persaingan sengit di antara syarikat-syarikat dalam mempromosikan jualan dan mencari keuntungan membawa kepada wujudnya strategi-strategi pemasaran baru. Di antaranya adalah ganjaran dan hadiah dalam mempromosikan jualan. Namun terdapat juga hadiah yang diberikan ini tidak menepati kehendak syarac bahkan terlibat dengan unsur-unsur haram, terutamanya perjudian dan penipuan. Justeru, satu kajian hukum mengenainya amat perlu dilakukan agar masyarakat dapat menilai antara hadiah yang diharuskan dan diharamkan oleh syarak. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kedudukan hukum hadiah dalam urusniaga semasa menurut perspektif Islam. Perbahasan aplikasi konsep hanya melibatkan urusniaga dengan kontrak jual beli sahaja. Manakala, metodologi kajian ini dijalankan secara kajian perpustakaan dari aspek konsep mucamalat secara umum dan konsep hadiah daripada penulisan klasik. Kemudian konsep-konsep ini diaplikasikan kepada urusniaga semasa khususnya berkaitan dengan hadiah. Hasil kajian mendapati hadiah yang terdapat dalam urusniaga semasa sekarang ini bercampur antara yang halal dan haram. Sesuatu hadiah boleh menjadi haram melalui dua kaedah iaitu sumber dan perjalanan aktivitinya. Hadiah daripada sumber yang haram maka haram hukumnya seperti hadiah oleh institusi kewangan riba, syarikat perjudian dan syarikat arak. Begitu juga jika perjalanan aktivitinya terlibat dengan perkara haram seperti perjudian, pertaruhan, penindasan, penipuan dan pembaziran. Ganjaran dalam kontrak-kontrak selain jual beli seperti mudarabah, wadicah, wakalah, al-jucalah, al-rahn dan pembiayaan perbankan perlu dinilai dan diteliti dalam kajian-kajian seterusnya.,Master/Sarjana
Pages: 116
Call Number: BP158.R483.B335 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73462+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.