Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458840
Title: Pengaruh seni ukiran Islam pada bangunan dan binaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya
Authors: Mohd Zamri Bin Mohamed Noor
Supervisor: Ermy Azziaty binti Rozali, Dr
Keywords: Pengaruh seni ukiran Islam
Bangunan dan binaan
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Issue Date: 30-Aug-2012
Description: Kajian ini membincangkan tentang pengaruh seni ukiran yang menerapkan nilai-nilai Islam pada bangunan dan binaan yang terdapat di Presint 1, 2 dan 3 Putrajaya Seni ukiran adalah warisan turun-temurun masyarakat Malaysia dan menjadi identiti sesuatu bangsa. Kehalusan seni ukiran yang dipersembahkan pada bangunan dan binaan di Putrajaya menjadi kebanggaan negara, terutama dalam masyarakat Melayu. Realiti ini menjadikan kajian tentang pengaruh seni ukiran Islam pada bangunan dan binaan di Putrajaya penting untuk dilakukan. Berdasarkan kepada pemerhatian, rujukan berkaitan kajian yang mengkhususkan kepada pengaruh seni ukiran Islam di lokasi pilihan masih berkurangan. Objektif kajian ialah untuk menilai dan menganalisis sejauh mana pengaruh seni ukiran Islam diterapkan dalam reka bentuk bangunan dan binaan yang terdapat di Putrajaya. Kajian turut membincangkan faktor- faktor yang merangsang perkembangan seni ukiran Islam di bandaraya ini. Manakala metode kajian yang digunakan ialah metode pengumpulan data dan metode analisis data. Metode pengumpulan data merangkumi kajian kepustakaan dan pemerhatian ke lokasi kajian, manakala metode analisis data pula melibatkan penggunaan pendekatan induktif dan deduktif yang berperanan untuk menganalisa setiap data yang diperoleh bagi menghasilkan kesimpulan yang tepat. Dapatan kajian ini membuktikan wujudnya pengaruh seni ukiran Islam pada beberapa bangunan terpilih di Putrajaya. Kajian ini diharap dapat mencetuskan idea kepada para pengukir, arkitek serta jurutera untuk menerapkan lebih banyak unsur-unsur kesenian Islam dalam penghasilan reka bentuk dan seni bina bangunan serta binaan yang dihasilkan nanti. Selain memberikan pendedahan tentang bentuk seni ukiran Islam, ia boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan bentuk -bentuk ukiran yang lebih kreatif serta bersifat futuristik tanpa meminggirkan keunikan warisan kesenian Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 110
Call Number: NA 60025.N849 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73392+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.