Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458484
Title: Tafsir tematik terhadap al-Mawt dalam al-Quran
Authors: Fatimah Zaharah Ismail. (P56876 )
Supervisor: Ustazah Haziyah binti Hussin
Keywords: Al-mawt
Penjelasan al-Qur'an dan hadith.
Uslub al-Qur'an
Death-religious aspects-Qur'anic teaching.
Issue Date:  10
Description: Mati adalah titik penghujung kepada kehidupan dan suatu hakikat yang akan dilalui oleh setiap manusia. Mengingati mati dan mempersiapkan diri bagi menghadapinya sangat dituntut oleh Islam. Memandangkan persoalan kematian merupakan sebahagian daripada perkara-perkara ghaybiyyat, maka penelitian terhadapnya memerlukan kepada penjelasan al-Qur'an dan hadith. Sehubungan itu, kajian ini dilakukan untuk menganalisis makna kata al-mawt yang terdapat dalam al-Qur'an, mengkaji tema kematian serta mengenalpasti uslub al-Qur'an dalam membentangkan tema kematian tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengumpulan data dibuat dengan kaedah analisis dokumen, manakala analisis data dilakukan dengan pendekatan tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kata al-mawt disebut pada 35 tempat dalam al-Quran. Kata al-mawt bukan sahaja membawa makna perpisahan roh dan jasad, bahkan ia juga bermaksud tanda-tanda kematian dan azab penderitaan. Daripada analisis makna al-mawt, didapati al-Qur'an mengutarakan tema kematian yang meliputi hakikat kematian, sakarat almawt dan perkara-perkara yang berlaku selepas kematian. Bagi membentangkan tema tersebut, al-Qur'an menggunakan uslub dialog, perdebatan, perumpamaan dan pengkisahan. Uslub-uslub ini membawa mesej al-Qur'an mengenai kematian secara lebih jelas dan mudah digambarkan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa al-Qur'an membentangkan isu kematian sebagai peringatan kepada manusia untuk menjalani kehidupan di dunia mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T,Death is a point to the end of life and a fact that will be experienced by every human. Remembering death and preparing for it is highly demanded by Islam. Since the question about death is a part of the ghaybiyyat, it can be solely understood from the explanation of the Quran and al-hadith. Therefore, this study is carried out to analyse the meaning of the word al-mawt in the Quran, to examine themes that express death in the Quran and to discover its uslub in presenting verses that indicate it. The design of this qualitative study is content analysis. The data collection is carried out through document analysis, while data analysis is done through a thematic approach. The study results show that the word al-mawt is mentioned at 35 places in the Quran. The word does not only mean separation of the soul from the body, in fact it also means the signs of dying and agony. From the meaning of the word al-mawt, it is marked that the Quran addresses themes that relate to death which includes the reality of death, sakarat al-mawt and matters that happen after it. The Quran presents the themes of death through its uslub namely dialogues, arguments, parables and narratives. These uslubs convey clearer and easier visualisation of the Quranic messages on death. The implication of this study shows that the Quran presents death as a reminder to mankind to live in the world in accordance with the guidelines set by Allah S.W.T.,Master
Pages: 140
Call Number: BP134.D35 F348 2014
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458484
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81485+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.