Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458481
Title: Penggunaan perkataan asing dalam media sesawang rasmi arab, Aljazeera
Authors: Yahya Bakeri (P 53144)
Supervisor: Zulkarnain bin Mohamed, Dr.
Keywords: Perkataan asing
Media sesawang rasmi arab
Aljazeera
Arabic language -- Foreign words and phrases
Issue Date:  25
Description: Kemasukan perkataan asing yang melambangkan kemajuan sains, teknologi termasuk IT, sesawang dan seumpamanya ke dalam media sesawang rasmi Arab tidak terkawal. Ini boleh mengancam kefasihan atau keaslian bahasa Arab dari sudut perkataan dan struktur ayat. Sehubungan ini, kajian ini akan menerokai sumber, faktor dan bentuk perkataan-perkataan asing yang digunakan dalam media sesawang rasmi Arab, Aljazeera. Kajian ini juga bertujuan merintis persoalan asasi yang boleh membantu menyelesaikan persoalan terhadap kemasukan perkataan asing tersebut dan kefasihan yang tidak terkawal itu. Sehubungan itu kajian ini bertujuan bagi mendedahkan kepelbagaian yang boleh dikaitkan dengan sumber, faktor dan bentuk perkataan asing dalam media sesawang rasmi Arab, Aljazeera. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang menumpukan pada kajian kepustakaan dan analisis data berkenaan media sesawang rasmi Arab, Aljazeera. Menyentuh kajian kepustakaan, bahan rujukan yang digunakan terdiri daripada karya-karya ilmiah tentang perkataan-perkataan asing dalam bahasa Arab. Data yang dijadikan bahan analisis itu diambil pada tarikh bermula 16 April 2011 sehingga 16 Februari 2012 daripada laman www.aljazeera.net. Kajian ini mendapati bahawa kepelbagaian sumber tersebut terbahagi kepada tiga sub-kepelbagaian iaitu politik, sosial dan ekonomi dan penyebaran ilmu sains, pemindahan teknologi moden merupakan faktor penting dalam sub-kepelbagaian. Akhir sekali, menyentuh kepelbagaian bentuk, kajian mendapati terdapat empat sub-kepelbagaian iaitu perkataan yang berbentuk transliterasi, kombinasi perkataan Arab dan asing, perkataan yang sama tetapi berlainan penggunaan dan perkataan yang berbentuk terjemahan secara literal. Pendedahan tentang kepelbagaian ini boleh dijadikan asas penting untuk kajian mendatang yang diharapkan dapat memperincikan kesesuaian perkataan-perkataan asing tersebut dalam media rasmi Arab termasuk laman sesawang seperti media sesawang rasmi Arab yang dikaji ini.,Master/Sarjana
Pages: 111
Call Number: PJ6670.Y336 2012
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458481
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73425+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.