Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458474
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Arif Nazri, Dr.-
dc.contributor.authorSyaza Syazwina Abdul Halim (P87360)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:25:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:25:09Z-
dc.date.issued08/07/2022-
dc.identifier.otherukmvital:130433-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458474-
dc.descriptionIrsyad Al-Hadith merupakan salah satu segmen yang terdapat di dalam laman sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan yang menjawab persoalan-persoalan yang ditanya oleh pembaca di dalam pelbagai bab berkaitan hadith seperti akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka ciri-ciri hadith mawduc pada riwayat hadith, mengenal pasti peranan segmen Irsyad al-Hadith dalam membendung penularan hadith mawduc dalam masyarakat serta menganalisa pendirian mufti Wilayah Persekutuan berkaitan hadith mawduc berkaitan ibadah, kemudian mencadangkan sumber dalil sahih sama ada dalil al-Quran atau dalil hadith yang maqbul dan menepati agama sebagai ganti kepada riwayat mawduc dalam Irsyad al-Hadith. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan turut menggunakan analisis kandungan (contents analysis) dan kajian kepustakaan (library research) sebagai reka bentuk kajian. Pemilihan sampel kajian menepati dua syarat iaitu hadith mawduc dan berkaitan dengan ibadah. Hadith-hadith mawduc berkaitan ibadah ini dibahagikan mengikut bab ibadah khusus, bab ibadah umum dan bab yang mengandungi pelbagai unsur ibadah. Hasil kajian mendapati sebanyak 86 buah hadith mawduc berkaitan ibadah di dalam laman sesawang rasmi Mufti Wilayah di mana tiga buah hadith mawduc (3.49%) pada tahun 2015, 35 buah hadith mawduc (40.70%) pada tahun 2016, 13 buah hadith mawduc (15.11%) pada tahun 2017, 15 buah hadith mawduc (17.44%) pada tahun 2018 dan 20 buah hadith mawduc (23.26%) berkaitan ibadah pada tahun 2019. Kajian juga bersetuju dengan 43 dalil penyelesaian yang dibawa oleh Mufti dan penambahbaikan terhadap info-info dalil penyelesaian tersebut telah dilakukan. Malah dalil penyelesaian selebihnya turut ditambah di dalam kajian ini. Signifikan kajian adalah agar masyarakat lebih peka terhadap penggunaan hadith dengan memartabatkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith yang berstatus maqbul dalam kehidupan seharian. Segmen Irsyad Al-Hadith juga dapat memanfaatkan kajian ini dengan menambah baik info berkenaan hadith dan hadith ganti demi menjaga kesuciaan hadith Nabi SAW.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHadith -- Forgeries -- Malaysia-
dc.subjectHadith -- Criticism-
dc.subjectinterpretation-
dc.subjectetc. -- Malaysia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleDalil penyelesaian sahih bagi hadith mawdu' dalam segmen Irsyad Al-Hadith Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan-
dc.typetheses-
dc.format.pages283-
dc.identifier.callnoBP136.74.S993 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006780(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Dalil penyelesaian sahih bagi hadith mawdu dalam segmen Irsyad Al-Hadith Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
  Restricted Access
Partial3.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.