Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458472
Title: Fitnah di media sosial menurut syarak dan perundangan di Malaysia
Authors: Fathiah Mohd Riffin (P85250)
Supervisor: Zuliza Mohd. Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Social media (Islamic law)
Social media -- Religious aspects -- Islam
Libel and slander -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  27
Description: Setiap orang mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat melalui pelbagai bentuk media termasuklah media sosial. Akan tetapi sesetengah orang menggunakan media sosial untuk perkara yang negatif seperti menyebarkan fitnah. Penyataan masalah bagi kajian ini adalah walaupun larangan terhadap bahaya penyebaran fitnah adalah jelas disebut oleh syarak dan undang-undang akan tetapi jenayah berkaitan penularan fitnah di media sosial semakin meningkat dan semakin berleluasa. Malah masyarakat seolah-olah tidak takut akan larangan dari syarak dan undang-undang yang dikenakan kepada penyebar fitnah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji konsep fitnah menurut syarak dan perundangan di Malaysia, mengkaji kes-kes fitnah di media sosial dari mahkamah serta menganalisis kawalan fitnah di media sosial menurut syarak dan perundangan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Proses analisis data pula menggunakan analisis secara deskriptif. Data yang diambil adalah daripada data sekunder dan data primer. Kaedah pengumpulan data adalah melalui kajian literatur (library research) iaitu mencari dokumen, buku dan jurnal yang berkaitan dengan fitnah dan media sosial. Serta data dianalisis dengan cara analisis kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa fitnah adalah tuduhan berbentuk lisan dan bertulis yang bertujuan untuk mengaibkan dan memalukan seseorang. Syarak melarang manusia dari saling memfitnah, membenci, saling bermusuhan dan menghina antara satu sama lain. Malah Islam mengajar untuk saling memberi kebaikan pada orang lain. Selain itu dapat dikenalpasti juga undang-undang sedia ada yang diguna pakai bagi menangani fitnah di media sosial adalah selaras dengan perkembangan semasa teknologi. Kenaikan kes fitnah di media sosial menjadikan kerajaan mengambil inisiatif dengan mewujudkan agensi-agensi utama seperti PDRM, SKMM dan CSM bagi mengawal selia aktiviti penyebaran fitnah di media sosial. Justeru itu, pemahaman yang mendalam terhadap kawalan penyebaran fitnah di media sosial dari sudut syarak dan perundangan di Malaysia adalah perlu bagi memastikan gejala penyebaran fitnah di media sosial dapat di bendung.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 94
Call Number: BP158.S624F338 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458472
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130431+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.