Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458469
Title: | Pemikiran Syeikh Mahjiddin Jusuf dalam kitab Al-Quran Al-Karim dan terjemahan bebas bersajak dalam bahasa Aceh |
Authors: | Zyaul Haqqi (P99006) |
Supervisor: | Ahmad Fakhrurrazi Mohamed Zabidi, Dr. |
Keywords: | Ulama -- Indonesia -- Acheh Qur'an -- Language style Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15 |
Description: | Pada abad ke-20 di Aceh sudah terdapat terjemahan al-Quran ke dalam bahasa daerah yang di tulis oleh Syeikh Mahjiddin Jusuf dengan menggunakan bahasa puisi. Beliau telah berjaya menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Aceh dengan pendekatan sastera dan budaya yang mudah difahami oleh masyarakat yang ada. Pendekatan budaya ini mengarah kepada kecenderungan mendekatkan makna al-Quran dalam kehidupan masyarakat Aceh. Telah terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama terhadap kebolehan menterjemah al-Quran terlebih lagi dengan pendekatan sastera dan budaya kerana ditakutkan akan hilangnya kemurnian makna al-Quran. Objektif kajian ini adalah untuk mengetengahkan Syeikh Mahjiddin Jusuf dan kitabnya Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Bebas Bersajak Dalam Bahasa Aceh yang ditulis dalam bentuk puitis, mengenal pasti pendekatan penterjemahan al-Quran oleh Mahjiddin Jusuf serta mengenal pasti perspektif Mahjiddin Jusuf dalam pentafsiran al-Quran. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data dianalis secara deskriptif dan tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Syeikh Mahjiddin seorang ulama yang mempunyai kredibiliti pada abad ke-20 di Aceh dalam menjalankan dakwah dan memajukan pendidikan. Karyanya yang ringkas ini sebenarnya lebih mudah difahami oleh masyarakat Aceh terhadap tafsiran makna ayat al-Quran dan lebih dapat dinikmati pesan-pesan al-Quran dalam kehidupan yang disampaikan dalam bahasa puitis Aceh. Seni bahasa yang digunakan begitu unik dan tersendiri dalam memberi makna ayat al-Quran. Pemikirannya sebagai tokoh tafsir moden dalam menterjemahkan al-Quran dengan pendekatan sastera yang dapat menyesuaikan dengan keadaan dan budaya yang ada di Aceh adalah diterima sepenuhnya dengan tidak adanya percanggahan terhadap kaedah dan prinsip dalam terjemahan al-Quran. Pemikirannya masih berada digaris lurus ahl al-sunnah wa al-jamaᶜah sebagaimana fahaman masyarkat Aceh, kebolehannya dalam menterjemahkan al-Quran dengan bahasa sastera patut diberi pujian dan anugerah masa sekarang. Kajian ini telah mengetengahkan Syeikh Mahjiddin Jusuf dan karyanya dalam menterjemahkan al-Quran yang bentuk sastera kepada masyarakat Aceh amnya dan pengkaji al-Quran masa kini yang dapat dijadikan rujukan dan pedoman dalam memahami makna ayat al-Quran secara ringkas.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 135 |
Call Number: | BP80.J837Z933 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458469 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130428+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.52 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.