Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458467
Title: Pendekatan tafsir Ilmī dalam Tafsir Al-Azhar
Authors: Nurul Iman Izzah Harun (P98322)
Supervisor: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr.
Keywords: Qur'an -- Commentaries
Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  11
Description: Revolusi sains dan teknologi maklumat telah menjadi satu keperluan dalam era abad ke-21 untuk menjadikan kehidupan lebih progresif dan bertamadun. Islam sangat menyokong inovasi seumpama ini kerana boleh membina kualiti hidup, asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran sebagai pedoman utama. Oleh itu, kajian saintifik yang digandingkan dengan al-Quran menjadi satu keutamaan dalam era globalisasi masa kini terutamanya dari sudut tafsir Ilmī. HAMKA merupakan seorang tokoh prolifik di Nusantara dengan karyanya yang pelbagai termasuklah dalam pentafsiran al-Quran yang berjudul Tafsir al-Azhar. Pelbagai bentuk kajian telah dilakukan terhadap tafsir ini, melainkan kajian berkaitan pentafsiran berlatar belakangkan sains (tafsir Ilmī) dilihat masih belum dilakukan dengan menyeluruh. Ijtihad dan pandangan HAMKA berkenaan isu pembaharuan dalam pentafsiran dengan corak pendekatan sains yang beliau praktikkan sewajarnya ditonjolkan sebagai suatu keistimewaan dan keunikan tafsir ini, sesuai dengan arus perkembangan semasa. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk mengetahui latar belakang HAMKA dan Tafsir al-Azhar. Seterusnya mendalami unsur dan huraian sains dalam Tafsir al-Azhar dan menganalisis pendekatan pentafsiran Ilmī yang HAMKA ketengahkan dalam tafsir tersebut. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan, iaitu Tafsir al-Azhar. Data dianalisis menggunakan metode deskriptif, analisis tematik dan metode deduktif. Hasil kajian mendapati HAMKA memberi sumbangan yang besar dalam bidang tafsir Ilmī dengan membuat pembuktian ayat al-Quran menggunakan elemen saintifik moden. Beliau juga mempunyai ijtihad dan pandangan yang tersendiri apabila menjalinkan ayat-ayat kawniyah dengan unsur sains moden. Pendekatan sains yang dilazimi oleh HAMKA dalam pentafsiran dan penulisan tafsirnya juga mengikut kerangka tafsir Ilmī yang digariskan oleh ulama. Kajian ini mencadangkan agar wacana sains, teknologi dan inovasi sentiasa digandingkan dengan pentafsiran ayat al-Quran. Sains dan teknologi seharusnya dijadikan alat untuk mencapai kemajuan yang seiring dengan peneguhan tauhid. Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi yang digandingkan dengan pengajian al-Quran membuatkan manusia kekal merasai keterhubungan dengan Penciptanya. Bahkan, sekali gus menjadikan al-Quran semakin relevan dan signifikan dalam kehidupan seharian.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 127
Call Number: BP130.4.N8773 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130161+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.