Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458462
Title: Pelaksanaan khidmat runding cara terhadap pasangan bermasalah dalam perkahwinan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Authors: Mohamad Pairuz Suhairi Abdullah (GP01914)
Supervisor: Zainab Ismail, Prof. Dr.
Keywords: Counseling -- Religious aspects -- Malaysia
Marriage counseling -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  14
Description: Khidmat runding cara iaitu suatu khidmat intervensi krisis adalah satu perkhidmatan yang bertujuan membantu pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Bagaimanapun, kebanyakan pasangan yang berkahwin tidak melihat runding cara sebagai satu perkhidmatan yang lengkap yang mengandungi prosedur dan berpotensi untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dalam perkahwinan. Kebanyakan mereka mendapatkan runding cara dari Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri apabila mereka perlu mendaftar status perkahwinan mereka seperti pendaftaran cerai atau rujuk. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang pasangan bermasalah yang mendapatkan khidmat runding cara di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya (JAWI), meneroka jenis masalah dalam perkahwinan yang dilaporkan oleh pasangan kepada Pegawai Runding Cara di JAWI, mengkaji prosedur khidmat runding cara di JAWI dan menganalisis penerimaan pasangan bermasalah dalam perkahwinan terhadap pelaksanaan khidmat runding cara di JAWI. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang dilakukan di JAWI. Seramai 42 orang pasangan bermasalah dalam perkahwinan dipilih sebagai responden. Mereka dipilih melalui persampelan mudah (convenience sampling). Data dikumpul melalui soal selidik dan analisis dokumen. Data soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif. Manakala data analisis dokumen dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan khidmat runding cara di JAWI diberi kepada pasangan bermasalah, suami dan isteri. Mereka berumur antara 25-64 tahun. Sebahagian besar mereka adalah berusia antara 25 – 34 tahun, mempunyai pendidikan pada tahap diploma/sijil dan sekolah menengah, bekerja di sektor kerajaan, mempunyai 2 – 3 orang anak dan berkahwin selama 4 – 7 tahun. Kajian ini juga menunjukkan masalah utama dalam perkahwinan ialah masalah komunikasi dan seksual, diikuti oleh masalah psikologi dan sosial. Bagi membantu pasangan bermasalah, kajian ini mendapati khidmat runding cara mempunyai prosedur khas yang perlu diikuti oleh Pegawai Runding Cara. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan penerimaan pasangan bermasalah terhadap khidmat runding cara di JAWI bergantung kepada kemudahan fizikal dan layanan yang disediakan serta kompetensi Pegawai Runding Cara. Kesimpulannya, pelaksanaan khidmat runding cara bagi membantu pasangan bermasalah memberi implikasi kepada JAWI khususnya meningkatkan kemudahan fizikal dan layanan serta kompetensi Pegawai Runding Cara.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 114
Call Number: BP190.5.C64M8565 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130155+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.