Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458460
Title: Analisis kandungan filem liberal Islam pada perspektif syarak
Authors: Abdul Aziz Mokhtar (P78807)
Supervisor: Anwar Fakhri Omar
Keywords: Motion pictures -- Religious aspects -- Islam
Liberalism -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  24
Description: Kebanjiran filem liberal pada masa kini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Keharmonian dan kesejahteraan perlu dikekalkan khususnya sensitiviti masyarakat majmuk seperti isu-isu keagamaan, rumah ibadat, soal makanan, pakaian dan sebagainya. Kelonggaran penguatkuasaan dan pemantauan daripada pihak yang berwajib merupakan penyumbang tercetusnya lambakan filem liberal sebegini. Tambahan pula kemudahan teknologi dan sikap kurang cakna isu keagamaan, menyebabkan filem-filem liberal mampu berada di pasaran. Namun sejauh manakah filem liberal Islam ini bertepatan dengan hukum syarak dan apakah faktor yang menyebabkan filem tersebut menyimpang daripada syarak serta bagaimanakah pendekatan yang sepatutnya diambil bagi mengharmonikan filem tersebut agar bertepatan konsep syarak. Menganalisis filem liberal Islam dan faktor yang menyimpang daripada konsep syarak serta kaedah penentuan hukum syarak merupakan matlamat pengakaji bagi menghasilkan natijah yang kondusif. Kajian ini berbentuk kualitatif dilaksanakan dengan menggunakan analisis kandungan dan temubual separa berstruktur sebagai instrumen bertujuan untuk melaksanakan penambahbaikkan terhadap pembikinan filem seumpama ini pada masa akan datang agar selari dengan tuntutan syarak. Hasil kajian mendapati filem ini menerapkan konsep dakwah yang berlaku dalam masyarakat, namun cara penyampaian dakwahnya kurang bersesuaian untuk dipraktikkan dalam masyarakat majmuk, khususnya di Malaysia yang bermazhab Syafii. Dengan adanya kajian ini, diharapkan ia boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pembikinan filem yang berunsurkan kerohanian Islam dalam penyebaran dakwah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 215
Call Number: BP190.5.M68A234 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129602+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.