Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458455
Title: | Kebolehterimaan keanggotaan wanita dalam ketenteraan menurut syariah dan piawaian antarabangsa |
Authors: | Zainal Azira Ahmad Zabidi (P95451) |
Supervisor: | Ibnor Azli Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Women soldiers Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12 |
Description: | Pendidikan adalah satu usaha mengembangkan potensi sumber daya manusia melalui proses pembelajaran. Ia adalah proses pembelajaran bagi setiap individu untuk memperoleh pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu yang bersifat positif. Islam telah mewajibkan umatnya supaya belajar atau menuntut ilmu. Ini bertujuan membebaskan mereka dari kejahilan. Justeru, ianya bukan sahaja diperlukan oleh warga muda bahkan warga emas juga memerlukannya bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka khususnya melalui kelas agama. Bahkan ini sangat bersangkut paut dengan kestabilan emosi warga emas di usia lanjut mereka. Kajian ini bertujuan mengenalpasti bentuk pendekatan kelas agama yang diberikan Darul Insyirah sebagai Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas dalam menangani emosi warga emas. Selain itu, kajian ini menganalisis aspek-aspek pendekatan kelas agama yang ada di Darul Insyirah dan mengkaji kesannya terhadap emosi warga emas. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai enam orang warga emas dan dua orang kakitangan Darul Insyirah telah ditemu bual dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati beberapa pendekatan yang dilakukan oleh Darul Insyirah. Antaranya mengadakan kelas-kelas agama, membimbing dan menyelamatkan akidah warga emas serta menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas dalam memenuhi keperluan emosi dan rohani mereka. Dapatan juga menunjukkan pendekatan penyampaian modul-modul sangat terperinci dan merangkumi banyak aspek seperti tauhid, fekah, tajwid dan sirah nabawi sekaligus ia telah mewujudkan komunikasi positif dua hala di antara warga emas dan tenaga pengajar. Implikasinya, kecaknaan dan keprihatinan dari semua pihak seperti agensi kerajaan, swasta dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) amat diperlukan dalam merangka strategi akan datang bagi memastikan kelangsungan hidup warga emas terjamin. Kewujudan sistem sokongan yang membabitkan masyarakat setempat juga secara tidak langsung dapat menjadikan jiran tetangga lebih prihatin mengenai masalah dan keperluan warga emas yang tinggal berhampiran. Hal ini dapat memastikan warga emas menjalani kehidupan yang berkualiti pada usia tua sekaligus dapat menangani emosi mereka dan menjamin pembentukan jati diri yang kukuh.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 168 |
Call Number: | UB416.Z335 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129598+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.