Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458451
Title: Pengagihan dana zakat dalam bentuk pembiayaan mikro untuk usahawan asnaf
Authors: Muhammad Adib Che Roselam (P91315)
Supervisor: Nurul Ilyana Muhd Adnan, Dr.
Keywords: Finance -- Religious aspects -- Islam
Zakat -- Malaysia
Issue Date:  22
Description: Usaha penyebaran dakwah kepada golongan bukan Islam giat dilakukan oleh pusat dan organisasi Islam di Malaysia. Pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan untuk menarik perhatian orang yang diseru. Begitu juga dengan aktiviti pendidikan dan dakwah giat dijalankan kepada golongan Mualaf selepas pemelukan Islam. Namun begitu, pelbagai masalah di kalangan Mualaf masih terjadi sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi tentang faktor pemelukan Islam dan impak yang diterima oleh golongan Mualaf melalui pendekatan dakwah. Oleh itu, satu kajian dijalankan kepada golongan Mualaf di daerah Hulu Langat. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor pemelukan Islam, pendekatan dakwah yang digunakan serta impak dakwah kepada golongan Mualaf di Hulu Langat, Selangor. Umumnya kajian ini menguna pakai metode kajian kuantitatif dengan soal selidik menjadi instrumen kajian. Sebanyak 132 responden daripada jumlah 200 orang dari kalangan Mualaf di beberapa tempat di daerah Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai sampel kajian. Data-data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS (Statisctical Package for Social Science) versi 26.0. Dapatan kajian faktor utama golongan Mualaf memeluk Islam kerana percampuran dengan rakan-rakan Islam yang mencatat peratus tertinggi iaitu sebanyak 57.6% dengan bilangan sebanyak 76 responden. Seterusnya, pendekatan dakwah yang paling disetujui oleh golongan Mualaf iaitu melalui bimbingan kelas al-Quran dan fardu ain secara berperingkat dan pendekatan melalui cara pendakwah mengajak ke arah perbuatan dan percakapan yang baik. Kedua-dua pendekatan ini mencatat 70.5% peratus dengan bilangan 93 responden. Kemudian, impak dakwah kepada golongan Mualaf yang paling disetujui ialah wujudnya perasaan tenang dan tenteram di dalam diri selepas memeluk agama Islam yang mencatat peratus sebanyak 75% dengan jumlah bilangan 99 responden. Faktor dan pendekatan dakwah yang baik mampu memberikan impak positif kepada kehidupan golongan Mualaf. Implikasi kajian ini diharap dapat membantu institusi dakwah untuk mencari pendekatan dakwah yang lebih efektif yang mampu memberikan impak yang akan meneguhkan keyakinan golongan Mualaf terhadap Islam.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 148
Call Number: BP173.75.M849 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129594+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.