Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458449
Title: Integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal di Malaysia
Authors: Nor Aisyah Mohd Yunus (P77791)
Supervisor: Shofian Haji Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Finance (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  2
Description: Industri halal dan kewangan Islam di Malaysia pada masa kini masih bergerak secara berasingan dan tidak bersepadu. Kebanyakan para pengusaha dalam sektor halal tidak menggunakan sumber kewangan Islam untuk membiayai perniagaan mereka. Pihak yang berautoriti dalam pensijilan halal di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) masih belum mewajibkan pengusaha dalam sektor halal untuk memastikan sumber kewangan syarikat hendaklah patuh Syariah. Walau bagaimanapun, World Halal Forum 2011 yang diadakan pada April 2011 telah menyuarakan idea untuk menggabungkan sektor halal dengan sektor kewangan Islam yang dinamakan sebagai ekonomi halal. Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk mengintegrasikan kewangan Islam dalam pensijilan halal. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji konsep halal yang holistik dalam pensijilan halal di Malaysia, di samping menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal masih tidak berlaku. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan terhadap integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal dan pelaksanaannya di Malaysia. Bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian kes dan analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan menggunakan kaedah kajian dokumen dan temubual separa struktur bersama pihak-pihak yang berkaitan dalam industri halal. Manakala penganalisisan data pula dibuat secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep halal yang holistik boleh dilaksanakan dalam pensijilan halal dengan menggunakan konsep halalan tayyiban yang menggariskan tiga syarat yang terdiri daripada; tiada perkara haram lidhatihi iaitu yang merujuk kepada fizikal produk, tiada perkara haram lighairihi iaitu yang merujuk kepada perkara selain fizikal produk seperti sumber kewangan bagi menghasilkan produk, dan tiada perkara shubhah kerana ia bersesuaian dengan kaedah sad al-zaraic. Selain itu, kajian turut menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal masih tidak berlaku adalah meliputi enam faktor dan satu pra faktor. Kajian juga mendapati bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan integrasi berdasarkan kepentingan serta kelebihan daripada aspek agama, ekonomi dan tadbir urus. Integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal berpotensi meningkatkan saiz sektor kewangan Islam di Malaysia, seterusnya mengembangkan industri halal. Cadangan bentuk integrasi serta kaedah pelaksanaan integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal di Malaysia turut dikemukakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak kerajaan yang berautoriti dalam pensijilan halal di Malaysia seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melakukan usaha penambahbaikan ke atas Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dengan menggunapakai konsep halal secara holistik bagi menjayakan pelaksanaan integrasi kewangan Islam dalam pensijilan halal di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 151
Call Number: BP158.F5N647 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129592+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.