Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458447
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Zaitil-Izlina Ismail (P87879) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:45Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:45Z | - |
dc.date.issued | 13/06/2021 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129590 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458447 | - |
dc.description | Pengajaran dan pembelajaran (PdP) solat dijalankan di Sekolah Integriti bertujuan untuk menambahkan kefahaman solat dalam kalangan banduan muda. Walaupun telah disampaikan pengajaran solat, namun masih berlaku kurang kefahaman tentang ibadat solat disebabkan oleh kepelbagaian demografi dan persekitaran banduan. Objektif kajian ini adalah menganalisis konsep asas solat menurut perspektif Islam. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kefahaman terhadap konsep asas solat, kepentingan dan penghayatan solat dalam kalangan banduan muda di Sekolah Integriti. Seterusnya kajian ini turut bertujuan mengenal pasti persepsi banduan muda terhadap PdP berkaitan ibadat solat yang dijalankan di Sekolah Integriti. Kajian ini dijalankan di dua lokasi penjara iaitu di Sekolah Integriti Sungai Petani, Penjara Sungai Petani, Kedah (zon Utara) dan di Sekolah Integriti Puncak Alam, Pusat Koreksional Puncak Alam, Selangor (zon Tengah). Metodologi kajian ialah kualitatif secara analisis kandungan dan kaedah kuantitatif bagi mencapai objektif kefahaman dan persepsi banduan muda terhadap ibadat solat. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 160 orang banduan muda yang dipilih secara persampelan bertujuan iaitu banduan Muslim dan sedang mengikuti pembelajaran di dua buah Sekolah Integriti. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Hasil kajian mendapati kefahaman banduan muda terhadap konsep asas solat, kepentingan dan penghayatan solat di Sekolah Integriti adalah pada tahap sangat tinggi iaitu (Min = 4.50, SP = 0.32) dan bagi persepsi banduan muda terhadap PdP solat juga pada tahap sangat tinggi iaitu (Min = 4.38, SP = 0.44). Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa banduan muda memahami dengan sangat baik terhadap konsep asas solat, kepentingan dan penghayatan solat. Namun tumpuan penekanan perlu bagi min terendah setiap konstruk iaitu bagi konsep asas solat yang ditumpukan pada item pensyariatan solat dalam peristiwa Isrā’ Mi ͨrāj (Min = 3.91, SP = 0.72), konstruk kepentingan solat pula ditumpukan pada item solat dapat menyelesaikan segala masalah (Min = 4.39, SP = 0.67) dan konstruk penghayatan solat pula ditumpukan pada item qaḍā’ solat yang ditinggalkan (Min = 3.77, SP = 1.12). Manakala bagi persepsi pula tumpuan penekanannya pada item penggunaan pelbagai kaedah pengajaran termasuk ICT (Min = 3.96, SP = 1.01). Justeru, pihak yang bertanggungjawab perlu meneliti semula dan membuat penambahbaikan pada aspek PdP berkaitan ibadat solat agar lebih berkesan dan bersesuaian dengan golongan banduan muda sekali gus dapat memberi lebih kefahaman mengenai ibadat solat kepada banduan muda sepanjang penahanan mereka di dalam penjara.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Juvenile delinquents -- Rehabilitation -- Malaysia | - |
dc.subject | Prayer -- Islam | - |
dc.subject | Salat | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Kefahaman banduan muda terhadap ibadat solat di Sekolah Integriti | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 166 | - |
dc.identifier.callno | HV9202.6.A5Z336 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006656(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129590+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.