Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458444
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNozira Salleh, Dr.
dc.contributor.authorNur Enanee Ezani (P97795)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:42Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:42Z-
dc.date.issued03/11/2021
dc.identifier.otherukmvital:129588
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458444-
dc.descriptionPersatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merupakan sebuah persatuan seni bela diri yang sudah lama bertapak di Malaysia iaitu sejak ia ditubuhkan pada tahun 1965. PSSCM sememangnya terkenal dengan seni silatnya yang unik dan berbeza daripada seni silat Melayu yang lain. Ia juga terkenal dengan amalan kerohaniannya seperti pantang larang dan amalan tawassul yang diajarkan kepada ahli Silat Cekak. Di samping itu, ahli Silat Cekak juga turut dilibatkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan sebagai sebahagian daripada kurikulum pembelajaran PSCCM. Justeru, terdapat dua unsur yang wujud di dalam PSSCM ini iaitu fizikal dan spiritual. Unsur fizikal ini melibatkan aspek seni bela diri dan unsur spiritual pula melibatkan aspek kerohanian. Walaupun unsur fizikal iaitu seni bela diri merupakan asas dan keutamaan dalam pembelajaran PSSCM, unsur spiritual yang melibatkan kerohanian juga turut diberikan penekanan dalam setiap pengajaran PSSCM. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti unsur-unsur kerohanian yang terdapat di dalam amalan-amalan dan aktiviti PSSCM. Kajian ini juga akan membuat analisis setiap unsur kerohanian tersebut daripada perspektif Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian fenomenografi iaitu memberi perhatian kepada refleksi informan kajian mengenai pandangan dan pengalaman informan mengenai skop perbincangan kajian iaitu unsur kerohanian melalui amalan dalam PSSCM. Terdapat dua kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah dokumentasi dan juga kaedah temu bual. Hasil kajian mendapati bahawa unsur kerohanian yang terdapat dalam PSSCM selaras dengan syariat Islam, malah pantang larang dan juga amalan tawassul merupakan didikan adab dan rohani kepada ahli Silat Cekak supaya menjadi manusia yang beradab sopan, sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan juga meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa pembentukan adab dan pendidikan rohani mampu digarap melalui pembelajaran seni bela diri. Rentetan itu, implikasi kajian ini adalah memberi pengetahuan tentang unsur kerohanian dalam aktiviti pembelajaran dan latihan PSSCM serta mempromosikan kepentingan pendidikan seni mempertahankan diri terhadap perkembangan nilai-nilai yang baik dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPencak silat -- Malaysia
dc.subjectMartial arts -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectSpiritual life -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleUnsur kerohanian dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menurut perspektif Islam
dc.typetheses
dc.format.pages149
dc.identifier.callnoGV1114.75.N847 2021 tesis
dc.identifier.barcode006654(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129588+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.