Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458442
Title: Kritikan sosial menerusi puisi bertema kemasyarakatan dalam Dīwān Imam al-Shāfiī
Authors: Nur Syahirah Md Sabran (P103459)
Supervisor: Khazri Osman, Dr.
Keywords: al-Shafi'i
Muhammad ibn Idris
-- 767 or 8-820
Arabic poetry -- 750-1258
Islamic poetry
Arabic -- Early works to 1800
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  4
Description: Puisi salah satu wasilah dakwah yang mengekspresikan kritikan, wawasan, nasihat dan gambaran masyarakat. Bermula zaman jahiliah, puisi mendapat tempat yang tinggi di kalangan masyarakat Arab. Pada zaman cĀbbāsiyyah, muncul ramai pemuisi yang popular termasuklah Imam Shāficī. Sarjana yang berwibawa dalam bidang bahasa Arab ini turut menyumbang kepada islāh masyarakat melalui puisi. Akan tetapi, disebabkan kewibawaan beliau yang tersohor dalam bidang fiqah dan usul fiqah menyebabkan masyarakat kurang mengenali beliau sebagai tokoh sastera yang mengkritik masyarakat berwahanakan bait puisi yang indah dan menarik. Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen ini bertujuan mengenal pasti keindahan gaya bahasa kepuitisan Imam Shāficī, mengkaji sikap beliau terhadap isu dalam masyarakat dan menganalisis nilai sosial yang diketengahkan oleh beliau dalam karyanya. Bait puisi yang bertemakan kemasyarakatan dipilih kemudian diterjemahkan menggunakan pendekatan komunikatif-semantik sebelum dianalisis. Hasil analisis 15 puisi yang dipilih memperlihatkan bahawa Imam Shāficī berjaya menyerlahkan mesej dakwah melalui kritikan sosial yang mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Setiap bait yang mempunyai koheren dan kohesi antara satu sama lain dipersembahkan dengan ujaran yang eksplisit dan implisit. Selain itu, bait tersebut turut mengandungi seni bahasa yang memiliki nilai estetik seperti personifikasi, metafora dan simile. Kehebatan Imam Shāficī berdakwah melalui bahasa dan sastera amat wajar dijadikan teladan.Dīwān Imam al-Shāficī seharusnya terus dikaji sebagai rujukan untuk para pendakwah dan masyarakat sepanjang zaman.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 178
Call Number: PJ7741.S46A66 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129518+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
559.18 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.