Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458436
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWafaa Yusof, Dr.
dc.contributor.authorMarini Mohd Yusoff (P78847)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:35Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:35Z-
dc.date.issued29/03/2022
dc.identifier.otherukmvital:129508
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458436-
dc.descriptionAllah SWT telah mempertanggungjawabkan penyusuan ibu kepada setiap para ibu. Sekiranya para ibu tidak berkemampuan untuk menyusu, tanggungjawab penyusuan tersebut boleh disempurnakan melalui ibu susuan. Namun saranan alternatif ibu susuan ini kurang diaplikasikan kerana hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya. Bagi individu yang mengaplikasikannya, terdapat segelintir memandang ringan aspek ibu susuan ini disebabkan kurangnya pengetahuan yang mendalam sehingga hampir-hampir terjadi perkahwinan sesama mahram susuan pada keturunan mereka. Justeru, objektif kajian ini bertujuan menganalisis tahap kefahaman masyarakat terhadap hukum penyusuan ibu susuan menurut Islam serta tahap kesediaan masyarakat menerima amalan penyusuan ibu susuan. Kajian ini turut bertujuan untuk menganalisis tahap pengetahuan masyarakat tentang mekanisma pembuktian penyusuan ibu susuan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif yang menggunakan peratusan dan min. Seramai 307 orang responden wanita telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada masyarakat yang tinggal di Rusila, Marang, Terengganu. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan bertujuan. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh bagi semua item dalam soal selidik yang digunakan adalah tinggi iaitu 0.853. Hasil dapatan kajian daripada analisis deskriptif mendapati bahawa skor min bagi tahap pengetahuan masyarakat terhadap hukum penyusuan melibatkan ibu susuan adalah 3.09 iaitu interpretasi sederhana. Nilai skor min bagi tahap pengetahuan masyarakat terhadap hukum amalan melibatkan ibu susuan pula adalah 2.91 iaitu interpretasi sederhana dan kesediaan dalam penerimaan amalan ibu susuan adalah 2.53 iaitu interpretasi sederhana. Manakala nilai skor min bagi tahap pengetahuan masyarakat terhadap mekanisma pembuktian amalan ibu susuan adalah 2.97 iaitu interpretasi sederhana dan pelaksanaan pembuktian amalan ibu susuan adalah 3.10 iaitu interpretasi sederhana. Implikasi daripada kajian ini, supaya dapat memberikan gambaran yang baik kepada pihak berautoriti untuk lebih memperkenalkan mekanisma amalan pembuktian kepada masyarakat. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat terhadap pelaksanaan amalan penyusuan melibatkan ibu susuan mengikut acuan Islam supaya dapat memelihara daripada berlakunya kecelaruan keturunan yang berpunca kesan daripada perkahwinan sesama mahram susuan.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectBreastfeeding (Islamic law)
dc.subjectChildren -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap kefahaman masyarakat tentang hukum hakam penyusuan oleh ibu susuan dan penerimaan terhadap amalan penyusuan oleh ibu susuan
dc.typetheses
dc.format.pages154
dc.identifier.callnoBP158.M337 2022 tesis
dc.identifier.barcode006680(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129508+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
564.17 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.