Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458434
Title: Metode Ahmed Deedat dalam kritikan terhadap Bible
Authors: Azizan Othman (P91439)
Supervisor: Jaffary Awang, Prof. Madya Dr.
Keywords: Deedat
Ahmed -- 1918-2005
Islam -- Relations -- Christianity
Christianity and other religions -- Islam
Islamic interpretations
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  28
Description: Kritikan terhadap Bible dikategorikan kepada dua bentuk iaitu kritikan positif dan kritikan negatif. Biblical Criticism merupakan antara contoh kritikan yang bersifat positif, kritikan dari skop akademik bertujuan untuk mengkaji dan menghuraikan semula Bible agar sumber, terjemahan dan tafsirannya bertepatan dengan manuskrip asal Bible tersebut. Manakala kritikan yang berbentuk negatif pula, bagi penganut Kristian adalah kritikan yang mempersoalkan keabsahan Bible sebagai kitab suci. Kritikan terhadap Bible bukan dari kalangan sarjana Muslim semata-mata tetapi juga muncul dari kalangan sarjana Barat. Antara isu yang biasa dibangkitkan contohnya seperti isu penulis dan sumber asal manuskrip, terjemahan dan tafsiran, perbezaan teks dan fakta, isu moral dan etika yang terdapat dalam Bible. Ahmed Deedat merupakan antara tokoh yang terkenal dalam kritikannya terhadap Agama Kristian dan Bible. Kajian ini bertujuan untuk melihat metode yang digunakan oleh Ahmed Deedat dalam kritikannya terhadap Bible. Metode kajian ini adalah berpandukan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen dari sumber seperti buku-buku, tesis-tesis, artikel jurnal, majalah, keratan akhbar, laman sesawang dan sebagainya. Beliau menjadikan Islam sebagai teras kepada kritikan beliau dengan melihat kepada misi asas Islam itu sendiri iaitu mengesakan Allah SWT, beriman dengan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir dan al-Quran adalah satu-satunya kitab suci dari Allah SWT yang masih terpelihara. Beliau berpegang dengan pandangan bahawa Bible telah diselewengkan (Tahrif) dan dipalsukan (tabdil) dengan membawa pelbagai bukti dari petikan Bible yang mempersoalkan ketulenan Bible sebagai kitab suci dan firman dari tuhan.,Sarjana
Pages: 146
Call Number: BP172.A995 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129507+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.