Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458432
Title: Penglibatan wanita Malaysia dalam elemen jihad militan Daesh
Authors: Syafawani Mohd Hashim (P88667)
Supervisor: Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr.
Keywords: Terrorism -- Religious aspects -- Islam
Jihad
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  6
Description: Isu berkaitan penglibatan wanita dalam jihad militan Daesh telah membuka diskusi baru tentang pandangan dunia terhadap agama Islam. Ideologi Daesh yang berjaya menarik minat wanita untuk pergi berjihad menjadi topik perbincangan baru dalam konteks jihad masa kini. Pada bulan Julai 2018, dianggarkan seramai 6577 wanita dari pelbagai negara telah menyertai Daesh. Dalam konteks Malaysia, penglibatan wanita dalam kumpulan keganasan Daesh dikenalpasti pada tahun 2012. Seramai 45 orang wanita yang telah dikenalpasti terlibat dengan kumpulan Daesh. Sebagai salah satu kumpulan militan yang paling lazim pada abad ini, Daesh telah mendapat perhatian pantas daripada pihak global kerana menggunakan media baru dalam menyebarkan ideologinya. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui konsep jihad bagi wanita yang terlibat dengan Daesh, faktor-faktor penglibatan wanita dalam Daesh dan proses radikalisasi yang berlaku terhadap responden wanita dalam kumpulan Daesh. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Responden kajian ini adalah 10 tahanan wanita yang dijatuhi hukuman atas kes-kes berkaitan kegiatan Daesh, serta dua pegawai polis yang bertanggungjawab atas kes-kes elemen Daesh dan tiga pegawai penjara wanita dari Penjara Kajang, Selangor. Data dikumpul melalui pemerhatian dan temu bual yang dijalankan ke atas tahanan wanita, pegawai polis dan juga pegawai penjara. Semua data yang dikumpul kemudian dianalisis menggunakan prosedur pengekodan dan digunakan untuk membentuk tema utama untuk membantu kajian kes ini. Hasil kajian dibentangkan dalam bentuk naratif berdasarkan tema utama telah menunjukkan bahawa penglibatan tahanan wanita dalam elemen Daesh yang dipengaruhi oleh ideologi seperti salah faham jihad, serta komitmen pragmatik dan afektif seperti sumber kewangan dan juga emosi . Jenis komitmen ini kemudiannya digunakan untuk mengkategorikan tahanan wanita berdasarkan komitmen mereka iaitu penyokong, pendokong, penyumbang, perekrut dan jihadis. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa penglibatan tahanan wanita dalam elemen Daesh adalah daripada sebab-sebab yang berbeza seperti faktor dalaman dan luaran yang akhirnya mempengaruhi jenis dan tahap komitmen mereka. Kajian ini diharapkan dapat mengembangkan lagi korpus akademik dalam pencegahan dan Counter Violent Extremism (PCVE) di Malaysia dan kemudiannya membantu pihak berkuasa membanteras ekstremisme agama dalam kalangan wanita umumnya.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 157
Call Number: BP182.S97 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129505+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
590.47 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.