Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458431
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof Madya Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Basirah Mohd Fitri (P90090) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:31Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:31Z | - |
dc.date.issued | 12/04/2021 | |
dc.identifier.other | ukmvital:129504 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458431 | - |
dc.description | Najis haiwan merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam sektor pertanian. Ia digunakan sebagai baja dalam sektor pertanian bagi membantu peningkatan hasil serta kualiti sesuatu hasil tanaman. Penggunaannya sebagai baja amat digalakkan oleh ahli sains. Penggunaan najis haiwan sebagai baja dapat memberikan banyak kebaikan kepada tanah, alam, tanaman mahupun manusia. Namun terdapat juga kajian saintifik menyatakan bahawa terdapat keburukan yang terhasil daripada penggunaan najis haiwan kepada tanaman yang memberi kesan kepada alam, tanaman dan manusia. Oleh itu, keburukan tersebut dikhuatiri lebih dominan berbanding kebaikannya yang mana bertentangan dengan syarak yang amat mementingkan keselamatan dan menolak kemudharatan. Tambahan pula, terdapat perbezaan hukum yang dikeluarkan oleh majlis fatwa di Malaysia berkenaan isu ini. Maka satu kajian perlulah dilakukan bagi menjelaskan tentang isu ini. Justeru itu, Objektif kajian ini mengenalpasti kebaikan dan keburukan baja daripada najis haiwan menurut sains. Seterusnya membincangkan tentang konsep penggunaan baja daripada najis haiwan menurut Islam. Selain itu, akan mengenalpasti serta menganalisis penentuan hukum penggunaan baja daripada najis haiwan. Metodologi kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temubual terhadap seorang pakar sains dan tanah daripada Universiti Putra Malaysia dan dua orang pakar Shariah daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan Institut Pengurusan Dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD). Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian ini mendapati bahawa keburukan yang terjadi akibat daripada penggunaan najis haiwan sebagai baja dapat di hilangkan dengan memproses najis haiwan tersebut. Dan ia juga hanya digunakan untuk membantu tumbesaran tumbuhan. Menurut kajian sains juga telah menyatakan bahawa penggunaan najis haiwan sebagai baja tidak akan mengubah rasa atau bau suatu tumbuhan tersebut ia hanya bertindak balas untuk membantu pertumbuhan tumbuhan dan kesuburan tanah. Oleh itu, hukum menggunakan najis haiwan sebagai baja adalah harus. Walaubagaimanpun, jika menggunakan najis babi sebagai baja maka perlulah disertu terlebih dahulu terhadap tanaman yang akan dimakan. Ini kerana ia masih dianggap sebagai najis Mughallazah.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Manures | |
dc.subject | Agriculture -- Religious aspects -- Islam | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penggunaan baja najis haiwan menurut perspektif Islam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 115 | |
dc.identifier.callno | S654.B347 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006676(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129504+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 475.27 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.