Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458426
Title: | Penilaian masyarakat cina peranakan terhadap dakwah Islam Melayu di negeri Kelantan |
Authors: | Muhammad Faris Abdul Fatah (P98332) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Asha'ari, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) -- Kelantan Peranakan (Asian people) -- Malaysia -- Kelantan Chinese -- Malaysia -- Kelantan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2 |
Description: | Masyarakat Cina Peranakan merupakan komuniti kedua terbesar yang mendiami Kelantan dan berasimilasi dengan masyarakat Melayu Islam di negeri ini. Asimilasi ini membolehkan mereka mendekati orang Melayu tetapi ia tidak menjadi sebab yang dominan kepada mereka untuk menerima Islam sebagai cara hidup. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penilaian Cina Peranakan terhadap dakwah Islam dan orang Melayu di Kelantan serta halangan dalam menerima Islam sebagai cara hidup berdasarkan pandangan dan kesepakatan pakar. Ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes menggunakan temu bual tidak berstruktur. Ia menggunakan pensampelan bertujuan kepada 12 pakar Cina Peranakan Kelantan dengan mengaplikasikan kaedah Fuzzy Delphi. Data dianalisis menggunakan triangular fuzzy number dan kedudukan elemen ditentukan menggunakan proses 'defuzzication'. Selain itu, data temu bual juga dianalisis menggunakan kaedah tematik untuk mengenal pasti dan mengeluarkan tema-tema hasil temu bual yang telah dilakukan. Kajian mendapati bahawa majoriti masyarakat Cina Peranakan Kelantan mempunyai pengetahuan yang sangat baik dan pandangan yang baik tentang Islam dan masyarakat Melayu. Namun, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka menolak memeluk Islam iaitu sikap komunal orang Cina yang lebih mementingkan ikatan kekeluargaan, lebih selesa berpegang kepada agama yang sedia ada berbanding agama yang baharu dan kelemahan dakwah daripada orang Melayu sendiri. Implikasi kajian ini, asimilasi sahaja tidak cukup untuk menarik mereka memeluk Islam, tetapi perlu ada usaha tambahan lain yang lebih kuat. Kajian ini mencadangkan agar usaha dakwah Islam yang menyeluruh dijalankan dengan lebih tersusun kepada masyarakat Cina Peranakan yang sememangnya mempunyai pengetahuan terhadap agama Islam.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 223 |
Call Number: | BP170.85.M884 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.