Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458423
Title: Pendekatan usrah dalam dakwah kepada golongan lesbian di Yayasan Ihtimam Malaysia
Authors: Nor Nazihah Awang @ Yaacob (P89967)
Supervisor: Razaleigh Muhamat @ Kawangit, Prof. Madya Dr.
Keywords: Da'wah (Islam)
Lesbianism -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  7
Description: Lesbian merupakan perbuatan Homoseksual yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Perbuatan Lesbian ini ditegah dalam Islam hal ini kerana perbuatan ini bercanggah dengan hukum dan perundangan Islam. Disebabkan faktor persekitaran yang prejudis, menyebabkan golongan ini mengalami kemurungan dan mendorong mereka untuk menjauhkan diri daripada agama. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang mendorong keterlibatan dalam aktiviti Lesbian, pendekatan dakwah serta pendekatan usrah dalam dakwah kepada golongan Lesbian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data secara temu bual. Temu bual secara separa struktur telah dijalankan terhadap lima orang golongan Lesbian dan dua informan yang merupakan pengasas Usrah Iqra' di Yayasan Ihtimam Malaysia. Data-data yang diperoleh pula dianalisis secara deskriptif melalui teknik tematik dengan menggunakan perisian NVivo12. Hasil kajian mendapati lima faktor yang menyebabkan keterlibatan seseorang individu dalam aktiviti Lesbian iaitu faktor kurangnya pendidikan agama, faktor keluarga, faktor media massa, faktor pengalaman hitam dan faktor persekitaran. Dari aspek pendekatan dakwah pula, kajian menemui pendekatan dakwah yang diterapkan di Yayasan Ihtimam iaitu pendekatan dakwah bi al-hal iaitu pendekatan pendakwah itu sendiri bersama golongan Lesbian, pendekatan dakwah melalui al-Qur'an pula di aplikasi melalui konsep tadabbur bersama mereka, melalui bimbingan pula kaedah yang digunakan adalah dengan tidak menghukum mereka. Pihak Yayasan Ihtimam juga telah membangunkan aplikasi e-book Hijrah Diri bagi membantu dan membimbing mereka. Pendekatan dakwah melalui sahsiah pula adalah melalui aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah selain daripada usrah. Antara aktiviti dijalankan bersama mereka adalah mukhayyam, Hadith Open Mic dan juga aktiviti kemasyarakatan bersama Lesbian. Kajian ini juga mendapati konsep pendekatan usrah yang di aplikasi dalam usrah ini adalah berhikmah iaitu tidak menghukum dan memahami kumpulan sasar, kerahsiaan iaitu hebahan dilakukan oleh ahli, konsep usrah pula adalah ukhuwah kekeluargaan dan ahli usrah menjadi pembimbing serta pengisian utama dalam usrah tersebut adalah pengisian ilmu agama. Kajian ini juga boleh memberikan sumbangan dalam disiplin ilmu dakwah untuk mengetahui kaedah pendekatan usrah kepada golongan Lesbian. Hasil daripada kajian ini memberikan implikasi yang penting kepada pendakwah, golongan Lesbian, masyarakat dan juga kepada negara dalam membantu golongan Lesbian ini untuk memahami ajaran Islam melalui pendekatan usrah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 151
Call Number: BP170.85.N647 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.