Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458422
Title: | Tahkik dan analisis risalah ilmu tasawuf karya Daud al-Fatani |
Authors: | Muhammad Akmal R. Azmi (P83995) |
Supervisor: | Faudzinaim Badaruddin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sufism -- Editing Arabic alphabet -- Transliteration Manuscripts -- History and criticism Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31 |
Description: | Shaykh Daud Bin Abdullah al-Fatani merupakan seorang tokoh ulama nusantara yang terkenal pada abad ke-18/19M yang bermukim di Mekah. Beliau seorang yang prolifik dalam menghasilkan pelbagai karya meliputi akidah, fiqh, tasawuf dan sejarah dan sehingga kini karya-karya yang dihasilkan menjadi rujukan dan teks pembelajaran di institusi-institusi pengajian Islam di nusantara sama ada di peringkat universiti, kolej, pondok mahupun pesantren sama ada dalam bentuk bercetak ataupun manuskrip bertulisan tangan. Namun begitu, sehingga kini masih banyak lagi manuskrip-manuskrip bertulisan tangan yang belum dikaji oleh para sarjana. Keadaan ini secara tidak langsung kita tidak dapat mengetahui apa khazanah dan maklumat yang terkandung di dalam manuskrip tersebut. Justeru itu, terdapat sebuah kitab yang masih manuskrip bertulisan tangan berjudul Risalah Ilmu tasawuf yang dikarang oleh Shaykh Daud Bin al-Fatani yang sehingga kini tidak pernah lagi ditahkik dan dikaji secara tuntas. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan sebuah edisi kritis teks berbentuk kajian tahkik, transliterasi dan anotasi serta menganalisis tema-tema, isi kandungan serta pemikiran Shaykh Daud al-Fatani sebagaimana yang terkandung di dalam manuskrip Risalah Ilmu Tasawuf. Kajian ini keseluruhannya merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan teks. Pemerolehan dan pengumpulan data dalam kajian ini berdasarkan metode dokumentasi. Manakala penganalisisan data kajian ini berasaskan kepada metode induktif, metode deduktif, metode komparatif dan metode analisis kandungan. Gabungan metode tahkik dan filologi juga dilakukan dengan berpandukan teori tahkik yang dikemukakan oleh Salah al-Din al-Munajjid. Hasil kajian mendapati manuskrip Risalah Ilmu Tasawuf tergolong sebagai sebuah karya tasawuf di peringkat tinggi (muntahi) yang membahaskan hal ehwal tasawuf yang rumit seperti Maratib al-Tanazzul di dalam Martabat Tujuh, A'yan Thabitah, konsep Wahdat al-Wujud, manhaj tauhid wujud para sufi, makna Man Arafa Nafsahu Faqad Arafa Rabbahu dan konsep Nur Muhammad. Shaykh Daud Bin al-Fatani menanggapi doktrin Ibn Arabi dalam Wahdat al-Wujud sebagai manifestasi tertinggi makrifah dan kemuncak ketauhidan serta idea-idea Imam al-Ghazali di dalam syariat dan tarekat. Selain itu juga, Shaykh Daud Bin al-Fatani banyak dipengaruhi oleh Shaykh Abd al-Rauf al-Fansuri dalam manhaj kesufian. Hasil kajian juga mendapati, pemikiran Shaykh Daud Bin al-Fatani mempunyai persamaan dan konsistensi dengan para ulama sufi dalam membahaskan doktrin tasawuf di peringkat tinggi dan ianya ditulis oleh Shaykh Daud Bin al-Fatani sebagai panduan bagi salik yang menempuh jalan tarekat yang sudah sampai pada maqam makrifatullah. Kajian ini memberi sumbangan dalam bidang tahkik dan filologi dan mengangkat khazanah turath serta pemikiran manhaj kesufian para ulama melayu nusantara., Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 411 |
Call Number: | BP188.9.M8535 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129359+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.