Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458419
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Zaini Yahaya, Dr. | - |
dc.contributor.author | Khairun Nisa' Zikri (P81617) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:22Z | - |
dc.date.issued | 10/02/2021 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129355 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458419 | - |
dc.description | Pelaksanaan spa patuh syariah di Malaysia seharusnya berlandaskan syariat Islam dalam segala aspek. Namun begitu, sebahagian daripada spa tersebut tidak menepati kehendak syarak. Antaranya spa-spa tersebut menggunakan konsep Bali, Thai, Ayuverdik dan Japanese Shiatsu yang sebahagiannya tidak berlandaskan kehendak syarak. Sebahagiannya masih menawarkan rawatan-rawatan yang dilarang dalam Islam serta mengabaikan batas aurat antara lelaki dan wanita. Malah terdapat juga yang menggunakan hiasan dalaman seperti patung ukiran dan gambar yang tidak bersesuaian dengan syarak tetapi masih menggunakan istilah spa muslimah atau spa patuh syariah. Fenomena ini menimbulkan kekaburan terhadap identiti spa patuh syariah kepada masyarakat. Sehingga kini masih belum terdapat garis panduan khusus berkenaan spa patuh syariah untuk dijadikan panduan kepada pengusaha spa. Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep spa muslimah di Malaysia dan menganalisis kriteria-kriteria spa patuh syariah yang diamalkan oleh pengusaha-pengusaha spa di Malaysia. Kajian ini juga membangunkan garis panduan spa patuh syariah sebagai panduan dan rujukan kepada pengusaha spa dan masyarakat awam dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan prinsip syariat Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data analisis kandungan iaitu melalui pengumpulan data mengenai isu-isu berkaitan spa patuh syariah di Malaysia kerana ia bersesuaian dengan kajian ini yang melibatkan sumbersumber daripada al-Quran, al-Sunnah dan pandangan fuqaha' serta pelbagai jenis bahan bercetak berkaitan serta temu bual untuk memperoleh maklumat sokongan berkaitan kajian spa patuh syariah di Malaysia. Data dianalisis menggunakan pendekatan secara deskriptif bersesuaian dengan objektif kajian yang mengkaji perbahasan pelbagai pandangan bagi menjelaskan pendapat dan hukum berkaitan spa patuh syariah di Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat lima aspek yang menjadi keutamaan dalam membangunkan garis panduan spa patuh syariah iaitu aspek pemeliharaan aurat, aspek perkhidmatan rawatan yang ditawarkan, aspek penggunaan bahan yang digunakan, aspek binaan dan hiasan dalaman dan juga aspek pengurusan dan operasi spa. Implikasi kajian ini dapat memberi panduan kepada pengusaha spa, para pelanggan dan seluruh masyarakat Islam serta badan-badan berautoriti terutamanya ITC dan JAKIM dalam menyelaraskan spa patuh syariah di seluruh Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Health resorts -- Malaysia | - |
dc.subject | Massage therapy | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Garis panduan spa patuh syariah di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 228 | - |
dc.identifier.callno | RA934.M4K396 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006615(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129355+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.