Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458414
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haziyah Hussin, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Khairi Abdul Azib (P98308) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:17Z | - |
dc.date.issued | 03/03/2022 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129155 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458414 | - |
dc.description | Qasas al-Qur'an merupakan kandungan al-Quran yang berkaitan penceritaan hal ehwal umat terdahulu, peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ia memuatkan metode dan strategi dakwah para nabi serta elemen tarbiah dan pengajaran. Justeru, qasas al-Qur'an turut mendapat tumpuan pentafsir madrasah tafsir haraki termasuklah Abdul Hadi Awang. Manhaj tafsir haraki menekankan keperluan pentafsiran al-Quran memfokuskan kepada maqasid al-Qur'an dan menjauhi perbahasan yang menjejaskan penghayatannya seperti Isra'iliyyat. Ironinya, tidak semua mufassir madrasah tafsir haraki konsisten menggunakan sepenuhnya manhaj ini kerana ada dalam kalangan mereka yang memuatkan riwayat Isra'iliyyat ketika mentafsirkan qasas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis pendekatan yang digunakan oleh Abdul Hadi dalam mentafsirkan qasas al-Qur'an, mengenalpasti kedudukan riwayat Isra'iliyyat dalam tafsiran beliau dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pendekatan tafsirannya terhadap qasas al-Qur'an. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan menerusi analisis rakaman kuliah tafsir, dokumen dan temu bual. Data ini kemudiannya, dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati Abdul Hadi menggunakan beberapa pendekatan tafsir ketika mentafsirkan qasas iaitu mentafsirkan kisah dengan ayat lain, mentafsirkan kisah dengan hadith, mengeluarkan pengajaran daripada qasas dalam konteks dakwah, menghubungkan kisah dengan isu-isu semasa dan mentafsirkan kisah dengan kisah lain. Riwayat Isra'iliyyat yang dikemukakan oleh Abdul Hadi pula mengikut garis panduan yang dikemukakan oleh ulama dalam bidang tafsir. Manakala faktor mempengaruhi pendekatan tafsir Abdul Hadi ialah latar belakang pendidikan, kitab rujukan, latar masyarakat yang menghadiri kuliahnya, uslub pentafsiran lisan dan kecenderungan tafsir haraki. Implikasi kajian ini ialah pendekatan tafsir yang diaplikasikan oleh Abdul Hadi memperlihatkan dinamisme pentafsiran beliau dan kesepaduan perbahasan yang dikemukakannya. Hal ini memberi impak terhadap kefahaman pendengar dan pembaca tafsir Abdul Hadi terhadap qasas al-Qur'an.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. | - |
dc.subject | Qur'an stories | - |
dc.subject | Da'wah (Islam) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pendekatan Abdul Hadi Awang dalam mentafsir qasas al-Qur'an | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 164 | - |
dc.identifier.callno | BP130.4.M855 2022 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006650(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129155+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.