Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458412
Title: Interaksi sosial dalam tafsir al-Azhar
Authors: Nur Zakiah Najihah Bahar (P89998)
Supervisor: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr.
Keywords: Qur'an -- Hermeneutics
Muslim -- Conduct of life
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  4
Description: Interaksi sosial yang harmoni adalah penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. Namun, isu yang silih berganti dalam masyarakat boleh menjejaskan keharmonian tersebut. Melalui Tafsir al-Azhar, HAMKA didapati telah pun menyentuh berkenaan dengan hubungan kemasyarakatan yang perlu diurusjaya dengan baik. Objektif kajian ini ialah untuk menghuraikan sosiologi menurut perspektif Islam. Kemudian mengenal pasti latar belakang yang membentuk kewibawaan HAMKA dalam membahaskan aspek sosiologi dalam Tafsir al-Azhar. Seterusnya menganalisis aspek sosiologi tersebut dalam pentafsiran beliau. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan, iaitu Tafsir al-Azhar. Data dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif dalam menghuraikan aspek interaksi sosial. Seterusnya pendekatan induktif digunakan bagi mengenal pasti kedudukan aspek interaksi sosial dalam Tafsir al-Azhar. Kemudian aspek tersebut dikategorikan mengikut tema yang bersesuaian dengan menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati terdapat dua bentuk interaksi sosial iaitu harmoni dan tidak harmoni. Keterlibatan HAMKA dalam bidang penulisan dan aktiviti dakwah serta kemasyarakatan telah membina keunggulan dan menjadikan beliau matang dalam memahami lapangan ilmu sosiologi. Dalam Surah Makkiyah, lima tema telah dikenalpasti iaitu kerjasama, asimilasi, persaingan, konflik dan pertentangan. Enam tema lagi dikenal pasti terdapat dalam Surah Madaniyah iaitu kerjasama, toleransi, asimilasi, persaingan, konflik dan pertentangan. Turut dikenal pasti dua subtema dalam Surah Makkiyah dan tiga belas subtema dalam Surah Madaniyah. Tema-tema yang telah diketengahkan oleh HAMKA ini harus dimanfaatkan. Justeru, pendekatan masyarakat 'Marhamah' yang telah disinggul oleh Hamka melalui elemen kerjasama, konflik dan konflik dapat membantu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat selari dengan anjuran Islam menerusi tafsir ijtimai.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 125
Call Number: BP130.4.N8773 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.63 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.