Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458411
Title: Kepentingan diet Rasulullah SAW menurut perspektif Islam dan sains
Authors: Muhammad Hafis Mohd Hussain (P95430)
Supervisor: Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato' Dr.
Keywords: Muslims -- Dietary laws
Food -- Religious aspects -- Islam
Nutrition -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2021
Description: Pengambilan makanan berasaskan diet Rasulullah SAW menjadi perbincangan dalam kalangan ulama dan saintis. Gaya pemakanan sihat telah ditekankan oleh pakar diet berasaskan kepada pembuktian sains. Namun, perkara tersebut tidak disandarkan dengan pemakanan Rasulullah SAW yang sememangnya baik untuk kesihatan manusia. Pemakanan yang tidak teratur mampu mengundang kepada penyakit yang berbahaya seperti obesiti, diabetes, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari pelbagai pihak bagi menangani permasalahan tersebut seperti mewujudkan kaedah diet paleo, diet zone, diet dukan, diet atkins, diet vegetarian, diet low-carb, diet ultra low fat dan diet intermitten fasting. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai konsep diet pada masa kini menurut perspektif Islam dengan mengambil salah satu diet yang ada. Selain itu, kajian turut menganalisis hubungan amalan diet Rasulullah SAW dengan maqasid syariah. Seterusnya, mengumpul dan menyusun kelebihan diet pemakanan Rasulullah SAW berdasarkan perspektif sains. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan pendekatan kajian kepustakaan bagi mengumpul data-data yang berkaitan dengan tajuk kajian. Pengumpulan data kajian dilaksanakan secara analisis kandungan yang terdiri daripada sumber primer dan sekunder bagi memperoleh perspektif-perspektif Islam dan sains terhadap diet pemakanan. Data-data yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan pendekatan kaedah tematik secara induktif. Hasil kajian ini mendapati, konsep diet ialah jenis makanan diambil berkhasiat dan cara pengambilan yang betul berdasarkan garis panduan al-Quran dan al-Sunnah. Daripada kajian ini juga mendapati, amalan diet sihat berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah berperanan penting dalam merialisasikan al-kulliyyat al-khams yang merupakan maqasid syariah. Seterusnya, amalan diet berdasarkan acuan Rasulullah SAW memberikan pelbagai kebaikan menurut perspektif sains yang dapat dilihat dari sudut jenis makanan diambil dan juga cara pengambilannya.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 183
Call Number: BP184.9.D5M836 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458411
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.