Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458409
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarid Mat Zain, Dr.-
dc.contributor.authorAinin Sofiya Adrus (P87073)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:13Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:13Z-
dc.date.issued31/08/2021-
dc.identifier.otherukmvital:129147-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458409-
dc.descriptionSistem pendidikan masyarakat Melayu bermula daripada rumah, surau serta masjid yang kemudiannya dibuat pengubahsuaian kepada taraf yang lebih baik iaitu kepada sistem pondok. Sistem pondok ataupun institusi pondok adalah sebuah institusi pendidikan Islam tradisional yang amat penting kerana melaluinya Masyarakat Melayu telah mula mengenal dan mempelajari ajaran Islam dengan lebih mendalam. Institusi pendidikan ini pernah melalui zaman kegemilangan dengan wujudnya sebilangan besar jumlah institusi pondok terutamanya sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Kini walaupun institusi pondok masih dijadikan medium masyarakat dalam mempelajari agama Islam. Namun, penerimaannya dilihat tidaklah serancak sewaktu zaman kegemilangannya. Dengan perkembangan Madrasah Al-Usmaniah dalam fasa yang penuh mencabar ini pasti memberi kesukaran kepada pihak pondok dalam mengekalkan dan memperjuangkan identitinya sebagai sistem pendidikan tradisional. Di samping turut menghadapi dilema dalam memenuhi keperluan dan tuntutan masyarakat sekeliling. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada cabaran pengurusan masa kini yang dihadapi oleh Madrasah Al-Usmaniah dalam membangunkan pondok tersebut. Dalam menjalankan kajian ini, terdapat tiga objektif kajian yang telah digariskan iaitu meneliti sejarah penubuhan dan pembangunan Madrasah Al-Usmaniah, menganalisis sejarah sistem pengurusan di Madrasah Al-Usmaniah serta menganalisis cabaran dalam membangun dan memajukan Madrasah Al-Usmaniah. Metod kajian yang digunakan adalah kaedah penyelidikan kualitatif serta kaedah pengumpulan data adalah analisis dokumen beserta temu bual. Hasil kajian menunjukkan Madrasah Al-Usmaniah kini berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa. Cabaran serta rintangan tersebut melibatkan beberapa aspek iaitu dari segi pendidikan dan agama, sumber manusia, polisi kerajaan, kewangan, masyarakat Islam sekeliling, serta infrastruktur dan prasarana. Sungguhpun kajian ini khusus dijalankan di sebuah pondok sahaja, namun hasil perbincangan ini secara tidak langsung turut melibatkan kebanyakkan cabaran pengurusan di institusi pondok yang lain. Hal ini kerana, dalam sesetengah hal atau keadaan berkaitan dengan tadbir urus di antara sesebuah pondok dengan pondok yang lain adalah hampir serupa.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslamic religious education -- Kedah -- Management-
dc.subjectMadrasahs -- Kedah -- Management-
dc.subjectMadrasahs -- Kedah -- History-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleCabaran pengurusan pondok masa kini di Madrasah al-Ulum ad-Diniah Al-Usmaniah Jitra, Kedah-
dc.typetheses-
dc.format.pages120-
dc.identifier.callnoLC910.M3A436 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006643(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129147+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.