Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458407
Title: | Pandangan peserta realiti TV agama di Malaysia terhadap pencapaian dan pengisian program |
Authors: | Nabil Ahmad (P96945) |
Supervisor: | Muhammad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Dakwah Program realiti Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18 |
Description: | Program realiti TV agama merupakan sebuah genre program realiti berunsurkan dakwah di samping hiburan yang disesuaikan dengan syariat Islam. Di Malaysia, pelbagai program realiti TV agama diterbitkan untuk melatih dan melahirkan pendakwah kontemporari yang mampu membimbing masyarakat tentang Islam. Namun, program ini dikritik dari sudut hanya untuk meraih populariti dan keuntungan, mencipta nama dan tidak menepati apa yang digariskan syarak. Namun, penting isu ini dilihat dari perspektif peserta itu sendiri kerana mereka sendiri melalui pengalaman tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan peserta tentang pencapaian hasil penyertaan program realiti TV Agama di Malaysia, pandangan peserta tentang pengisian rancangan realiti TV agama serta mengabsahkan pandangan peserta tentang penerimaan dan pengiktirafan masyarakat terhadap para peserta lepasan rancangan realiti TV agama. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif berlandaskan temu bual sebagai kaedah untuk mendapatkan data. Data temu bual dianalisis dan dipersembahkan dalam kaedah analisis tema. Hasil kajian mendapati graduan program realiti TV agama kini lebih dikenali dan popular selepas penyertaan mereka dalam program tersebut. Mereka juga mempunyai perancangan jangka masa panjang sebagai pendakwah yang berjaya. Kajian mendapati bahawa latihan yang diberikan lebih bersifat aplikasi dakwah khasnya di pentas dan lapangan. Kemahiran yang diterapkan lebih memfokuskan terhadap kemahiran menyampaikan dakwah kepada khalayak ramai dari pelbagai golongan. Kajian juga mendapati masyarakat awam menerima dengan baik kehadiran graduan program realiti TV agama sebagai pendakwah. Secara keseluruhannya, penerbitan program realiti TV agama wajar diteruskan namun perlu ditambah baik kepada peserta selepas bergraduasi dari program realiti TV agama.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 236 |
Call Number: | BP185.77.N335 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129145+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.