Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458404
Title: | Metodologi penulisan tafsir Al-Quran di Indonesia (2001-2019) |
Authors: | Muhammad Amal Fathullah (P95449) |
Supervisor: | Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr. |
Keywords: | Qur'an -- Criticism, interpretation, etc. -- Indonesia Qur'an -- Study and teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20 |
Description: | Dalam konteks Indonesia, pentafsiran al-Quran terus berkembang hingga saat ini. Tentu ini fenomena yang sangat membanggakan mengingat Indonesia adalah negara dengan penduduk muslim terbanyak di dunia. Tidak hanya banyak dari sisi kuantiti, karya tafsir al-Quran di Indonesia telah memperlihatkan keragaman dari sisi teknis penulisan tafsir dan metodologi yang digunakan. Dari masa awal hingga sekarang pemetaan metodologi pentafsiran al-Quran terus mengalami perkembangan dari masa ke masa, hal ini menunjukkan bahawa kajian terhadap metodologi pentafsiran tidak hanya menghantarkan kepada pemahaman terhadap kandungan al-Quran, akan tetapi juga dapat mengetahui aspek yang berkenaan proses dan prosedur serta langkah-langkah yang diguna pakai oleh para mufassir dalam mentafsirkan al-Quran. Pentafsiran ayat al-Quran tidak akan terlepas dengan adanya corak tafsir. Kerana, corak tafsir itu menjadi ciri khas seorang mufassir dalam menjelaskan al-Quran sesuai dengan spesifikasi keilmuannya. Penulisan serta penghasilan karya tafsir di Indonesia pada awal abad ke-21 terus berkembang dengan kelahiran ilmuwan dan karya tafsir tempatan dan kontemporari. Antara karya-karya tersebut ialah Tafsir Inspirasi: Inspirasi dari Kitab Suci al-Quran karya Zainal Arifin Zakaria, Tafsir Ijmali karya Muhibbin Noor, Secangkir Tafsir Juz Terakhir karya Salman Harun, Tafsir Mutakhir 3 Surah Terakhir: Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas karya Achmad Chodjim, dan Tafsir Tarbawi: Pesan-Pesan al-Quran Tentang Pendidikan karya Kadar M. Yusuf. Penulis berusaha untuk menyenaraikan dan mengkaji kitab-kitab tafsir karya mufassir Indonesia pada awal abad ke-21 supaya sentiasa kekal dan tidak hilang oleh masa. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan, karya-karya tersebut boleh hilang di masa akan datang. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti perkembangan metodologi penulisan tafsir di Indonesia pada awal abad ke-21 serta menyenaraikan karya-karya tafsir yang dihasilkan, mengkaji biografi tokoh dan karya tafsir lengkap 30 juzuk pada awal abad ke-21 serta metode pentafsiran yang digunakan dan mengkaji biografi dan karya tafsir tidak lengkap awal abad ke-21 serta metode pentafsiran yang digunakan. Kajian..ini..merupakan satu kajian..kualitatif, yang menggunakan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan.dianalisis.secara.deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati dari tahun 2001 hingga 2019, terdapat 110 buah kitab tafsir al-Quran yang dihasilkan oleh tokoh dan ilmuwan Indonesia. Tujuh daripadanya adalah kitab tafsir lengkap 30 juzuk, tafsir berdasarkan juzuk 14 buah kitab, tafsir berdasarkan surah 22 buah kitab dan tafsir mawduci 67 buah kitab. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa kitab-kitab tafsir yang banyak dihasilkan oleh ulama dan ilmuwan Indonesia adalah kitab tafsir berdasarkan surah dan tafsir mawduci. Metode pentafsiran yang digunakan adalah metode tafsir bi al-ma'thur dan metode tafsir bi al-ra'yi al-mamduh.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 152 |
Call Number: | BP130.4.M8334 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129052+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.