Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458401
Title: | Pendidikan akidah, ibadah dan akhlak pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama menerusi amalan asma' al-husna |
Authors: | Nur Farihah Mohd Saaid (P95434) |
Supervisor: | Khazri Osman, Dr. |
Keywords: | Islamic education -- Malaysia -- Selangor Islam -- Study and teaching (Secondary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24 |
Description: | Kefahaman asma´ al-husna sangat penting dalam Islam kerana dituntut dalam agama supaya mengetahui dan memahami nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. Malah, setiap kefahaman yang dituntut perlu disertakan dengan penghayatan agar dapat membentuk peribadi Muslim yang beriman dan bertakwa dari aspek akidah, ibadah dan akhlak. Namun, kehebatan peribadi yang sepatutnya terhasil daripada amalan zikir asma´ al-husna ini tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Hakikatnya, ramai masyarakat terutama remaja mengabaikan asas akidah yang dituntut dalam Islam seperti mengabaikan solat fardu, meninggalkan puasa dengan sengaja dan tidak mempunyai perasaan takut melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan persepsi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah terhadap amalan asma´ al-husna dari segi akidah, ibadah dan akhlak. Kajian ini menggunakan teknik pengumpulan data dan menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan edaran soal selidik yang dijalankan ke atas responden. Seramai 200 orang pelajar telah diambil sebagai sampel kajian. Analisis tahap persepsi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah terhadap amalan asma´ al-husna dari segi akidah, ibadah dan akhlak didapati berada pada tahap yang tinggi. Namun, pendidikan akhlak berada pada tahap yang rendah dengan jumlah (min=4.50) berbanding pendidikan akidah (min=4.85) dan ibadah (min=4.82). Item pendidikan akhlak yang mencatat min terendah berkaitan disiplin di sekolah dan sikap memaafkan rakan. Oleh itu, pendidikan akhlak pelajar yang lebih rendah berbanding pendidikan akidah dan ibadah menunjukkan pelaksanaan amalan asma´ al-husna perlu disemak dan dinilai semula. Asma´ al-husna perlu dibaca, difahami dan dihayati setiap makna yang terkandung supaya menjadi petunjuk dalam kehidupan serta sentiasa berada dalam jiwa setiap umat Islam.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 103 |
Call Number: | LC910.M4N837 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129049+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.99 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.