Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458400
Title: Pelaksanaan hibah harta bercagar di Wasiyyah Shoppe Berhad
Authors: Wan Amirul Adli Wan Ayub (P93599)
Supervisor: Noor Lizza Mohamed Said, Dr.
Keywords: Wills (Islamic law) -- Malaysia
Gifts (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  31
Description: Isu kesahan hibah harta bercagar masih menjadi perbincangan dalam kalangan para sarjana tempatan kerana harta tidak dianggap milik sempurna pemberi hibah semasa hibah dibuat. Keputusan-keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berkaitan kes hibah harta bercagar juga berbeza disebabkan ketiadaan undang-undang berkaitan digubal. Selain itu, pelaksanaan hibah harta bercagar juga mempunyai sekatan kerana sekiranya harta dipindah milik melalui hibah ia boleh menggugat hak kepentingan pemegang cagaran untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman. Sehingga hari ini, pihak bank sebagai pemegang cagaran masih tidak membenarkan harta yang dicagar dipindah milik melalui hibah atau selainnya. Rentetan daripada itu, timbul persoalan tentang bagaimana produk tersebut dilaksanakan di Malaysia melalui keputusan kes di Mahkamah Syariah dan penawaran produk oleh pihak industri. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan hibah harta bercagar di sisi fuqaha dan menganalisis hujah serta sandaran para Hakim Syarie berkaitan kes hibah harta bercagar yang telah diputuskan. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis bentuk penawaran hibah harta bercagar yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur. Manakala kaedah penganalisisan data mengguna pakai konsep deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati hibah harta bercagar adalah sah menurut sebahagian pendapat fuqaha dengan syarat yang tertentu. Perbezaan keputusan Hakim Syarie berkaitan kes hibah harta bercagar adalah disebabkan penggunaan pendapat fuqaha yang berlainan. Hibah harta bercagar yang ditawarkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad adalah berdasarkan pendapat fuqaha yang membenarkan hibah harta bercagar tanpa keizinan pemegang cagaran semasa akad dibuat berserta syarat yang tertentu bagi menjaga kepentingan pemegang cagaran dan keperluan maslahah masyarakat semasa. Kajian ini memberi impak kepada pihak industri dalam memasarkan produk hibah harta bercagar dan ia boleh dijadikan panduan kepada Hakim Syarie.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 126
Call Number: BP158.I45.W336 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129048+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
928.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.