Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458398
Title: Kefahaman hukum hakam penyusuan dan amalan ibu susuan di daerah Hulu Langat, Selangor serta kepentingan dokumentasi
Authors: Amirah Huwaina Nor Hazani (P91309)
Supervisor: Zuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Breastfeeding -- (Islamic law)
Children -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  18
Description: Amalan penyusuan bayi kepada ibu susuan selain ibu kandungnya, menyebabkan berlaku implikasi syarak, berkaitan hubungan halal haram dan nasab keturunan antara bayi dan ibu susuan tersebut. Oleh itu ketidakfahaman tentang hukum hakam penyusuan, ketidakpatuhan hukum dalam amalan penyusuan dan persepsi bahawa pendokumentasian amalan penyusuan anak susuan tidak penting, boleh menyebabkan terjadinya pertindihan nasab antara ibu susuan dan keluarga bayi yang disusukan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahamanan hukum penyusuan anak susuan, amalan penyusuan dan persepsi terhadap kepentingan pendokumentasian amalan penyusuan dalam kalangan ibu susuan di daerah Hulu Langat Selangor. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian ialah 72 orang ibu susuan Muslim yang sedang atau pernah menyusukan anak susuan. Data yang diperolehi secara dalam talian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS-PC versi 22.0) bagi menentukan nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus yang menjelaskan tahap kefahaman, amalan penyusuan dan persepsi terhadap kepentingan pendokumentasian penyusuan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman ibu susuan di Hulu Langat Selangor mengenai hukum penyusuan anak susuan ((raḍāᶜah) adalah sangat tinggi (min=4.52, SP=0.46), tahap amalan penyusuan bayi susuan pula tinggi (min=4.12, SP=0.78), manakala persepsi ibu susuan terhadap kepentingan pendokumentasi amalan penyusuan juga berada pada tahap sangat tinggi (min=4.64, SP=0.65). Hasil kajian keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden yang tinggi tentang hukum menyusui anak orang lain, dan mendokumentasikan amalan penyusuan. Implikasi kajian mencadangkan perluasan penyebaran maklumat hukum hakam berkenaan implikasi hubungan bayi dan ibu susuan dalam kalangan masyarakat, pengenalan kepada kursus penyusuan kepada wanita yang berhasrat menjadi ibu susuan serta pengurusan pengkalan data berkesan dalam proses dokumentasi maklumat bayi dan ibu susuan, agar pertindihan nasab keturunan kesan daripada amalan penyusuan, dapat dielakkan.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 141
Call Number: BP158.B73A465 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129046+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.