Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458395
Title: Penghakiman hakim syarie dalam kes hibah bersyarat di Mahkamah Syariah
Authors: Nurul Syahirah Othman (P85143)
Supervisor: Noor Lizza Mohamed Said, Dr.
Keywords: Inheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
Wills (Islamic law) -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  29
Description: Dalam tahun kebelakangan ini, terdapat institusi berkaitan Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam dan firma guaman syarie yang menawarkan dokumentasi hibah bersyarat dalam pasaran. Sejauh mana hibah bersyarat diterima oleh Mahkamah Syariah dalam kes pengesahan hibah dalam keadaan terdapat fuqaha yang berpandangan bahawa konsep hibah bersyarat tidak menepati konsep asal hibah. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan fuqaha bagi hibah bersyarat dan aplikasi di Malaysia seterusnya menganalisis kes-kes hibah bersyarat yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini mencadangkan garis panduan bagi hibah bersyarat. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes dan analisis dokumen. Manakala kaedah penganalisisan data dijalankan menerusi kaedah pendekatan analisa teks, deskriptif, induktif dan deduktif. Berdasarkan lapan kes pengesahan hibah bersyarat di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu, hasil kajian mendapati kes hibah bersyarat tersebut mendapat pengesahan selagi rukun-rukun hibah dipenuhi. Dalam menentukan kesahan hibah yang dilakukan, Hakim Syarie akan mengambil keterangan lisan berkisarkan lafaz ijab pemberi, lafaz qabul penerima dan penguasaan (qabd) yang telah dilakukan penerima. Hasil kajian juga mendapati bahawa hanya Hakim Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor yang membincangkan syarat dalam hibah secara terperinci manakala Hakim Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri Sembilan dan Terengganu tidak membincangkan syarat yang dimasukkan ke dalam hibah semasa perbicaraan kes hibah. Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa terdapat kes yang diputuskan oleh Yang Arif Hakim bahawa syarat pemberi hibah masih boleh menggunakan manfaat hibah sah dengan kerelaan dan keredhaan penerima hibah. Hasil kajian juga mendapati bahawa pemberi hibah tidak boleh menarik balik hibah yang telah disempurnakan syarat qabd oleh penerima hibah. Boleh disimpulkan bahawa keputusan Hakim Syarie mengenai kes-kes hibah bersyarat, tidak terikat kepada pandangan mazhab Syafie sahaja sebaliknya turut mengambil pandangan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Pendekatan tersebut diambil bertepatan dengan keperluan dan kemaslahatan masyarakat setempat. Hasil kajian ini memberi impak yang penting kepada masyarakat dan industri Perancangan dan Pengurusan Harta Orang Islam. Kajian ini telah mencadangkan garis panduan dalam memastikan hibah bersyarat yang dilaksanakan mendapat pengesahan berikutan belum ada akta dan enakmen negerinegeri yang khusus berkenaan hibah yang telah dikanunkan di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 110
Call Number: BP158.I45.N8476 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129043+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
886.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.