Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458393
Title: Kaedah pengajaran al-Quran terhadap murid kurang upaya pendengaran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
Authors: Ummu Karamah Alias (P93611)
Supervisor: Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Qur'an -- Recitations -- Study and teaching
Deaf -- Books and reading
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  13
Description: Mengajar al-Quran kepada masyarakat merupakan perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Hal ini termasuklah kepada golongan kurang upaya pendengaran. Namun, keupayaan deria pendengaran dan pertuturan yang terhad menyebabkan golongan ini mengalami kesukaran dan halangan dalam mempelajari al-Quran. Bahkan, guru-guru al-Quran perlu menggunakan kaedah pengajaran al-Quran yang sesuai untuk golongan tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan bagi mengkaji kaedah pengajaran al-Quran, bahan bantu mengajar, kaedah komunikasi dan meneroka isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru sepanjang proses pengajaran al-Quran kepada murid kurang upaya pendengaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Tiga kaedah pengumpulan data yang telah digunakan iaitu temu bual separa struktur, pemerhatian serta analisis dokumen. Data-data tersebut ditranskripsikan sebelum diuruskan dengan menggunakan perisian Atlas Ti. 7. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak sepuluh kaedah pengajaran al-Quran yang telah digunakan oleh guru-guru iaitu talaqqiy mushafahah, bacaan isyarat, tikrar, halaqah kecil, penerangan, hafazan, kaedah permainan, soal jawab, penilaian, dan latihan penulisan. Berdasarkan dari aspek bahan bantu mengajar pula, kebanyakkan guru-guru menggunakan bahan bantu mengajar yang berbentuk visual seperti buku kod wasilah, al-Quran atau Iqra', kad imbas ayat al-Quran, komputer dan LCD, buku latihan, dan papan tulis. Dari aspek komunikasi guru-guru menggunakan Bahasa Melayu Kod Tangan, Pertuturan dan Bahasa Isyarat Malaysia. Bagi aspek isu dan cabaran pula, dapatan menunjukkan terdapat tiga aspek iaitu cabaran dari aspek pelajar seperti alat bantu dengar bermasalah, pelajar mudah bosan. Bagi aspek ibu bapa pula ialah ibu bapa kurang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Di samping itu terdapat juga aspek umum iaitu kesediaan guru, ketiadaan buku teks sebagai rujukan, kepelbagaian kaedah pembelajaran al-Quran hingga menimbulkan kecelaruan, serta kesuntukan masa pengajaran al-Quran. Kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya keperluan garis panduan kaedah pengajaran al-Quran bagi golongan kurang upaya pendengaran. Di samping itu, kajian ini memperlihatkan bahawa model Kod Wasilah al-Quran memudahkan golongan ini untuk mempelajari al-Quran.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 180
Call Number: BP131.6.U464 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128730+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
513.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.