Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458392
Title: | Pendekatan dakwah menerusi pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah |
Authors: | Mohd Zainuddin Abu Bakar (P97619) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Asha'ari, Dr. |
Keywords: | Da'wah (Islam) Spiritual healing -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15 |
Description: | Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu program yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan mengenal pasti dan menyantuni keperluan spiritual pesakit oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (health provider) . Ia juga mampu memenuhi matlamat usaha penyembuhan pesakit secara holistik semasa mendapatkan rawatan di hospital. Namun begitu, kurang kajian yang dilakukan bagi meneliti pelaksanaan ataupun keberkesanan program HMI di hospital awam khususnya di Negeri Selangor. Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan HMI dari aspek pendekatan dan cabaran dakwah yang dihadapi oleh petugas Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) di hospital yang melaksanakan HMI. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji peranan yang dimainkan oleh UHEI di hospital yang melaksanakan HMI ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan temu bual separa struktur. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga pendekatan dakwah yang digunapakai oleh petugas UHEI iaitu pendekatan nasihat, pendekatan bimbingan tunjuk cara dan; pendekatan bantuan pengukuhan psikologi dan emosi (psikoterapi). Manakala cabaran yang dihadapi oleh petugas UHEI merangkumi lima cabaran utama iaitu cabaran penolakan usaha dakwah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, cabaran halangan teknikal perubatan dan birokrasi pengurusan; cabaran skill dan kemahiran yang terhad; cabaran masa dan bebanan kerja ; dan cabaran kekurangan sumber manusia. Petugas UHEI mempunyai tiga peranan utama iaitu sebagai kakitangan pengurusan, urusetia program HMI; dan menguruskan hal ehwal kerohanian pesakit dan petugas hospital. Implikasi kajian ini ialah pihak KKM wajar memperkasakan lagi HMI dengan menambah peruntukan dan menaik taraf HMI menjadi satu Jabatan yang bergerak sendiri di hospital tanpa menumpang operasi di mana-mana unit pentadbiran hospital seperti mana yang berlaku sekarang bagi memastikan gerak kerja dakwah yang dilaksanakan oleh UHEI berjalan lancar.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 175 |
Call Number: | BP170.85.M855 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128729+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.