Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458389
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wafaa' Yusof, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Izzah Izzati Hashim (P90087) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:58Z | - |
dc.date.issued | 12/01/2021 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:128727 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458389 | - |
dc.description | Kes pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga mengancam keselamatan kanak-kanak dan merupakan satu bentuk penganiayaan dan pencabulan terhadap hak asasi kanak-kanak. Namun kebanyakan kes yang dilaporkan berakhir dengan ibu bapa atau penjaga terlepas daripada pendakwaan atas perlakuan pengabaian dan kecuaian terhadap anak sendiri. Undang-undang sedia ada juga telah ditambah baik tetapi pelaksanaannya dilihat masih tidak berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada objektif berikut iaitu pertama mengenal pasti konsep pengabaian dan kecuaian kanak-kanak menurut syarak dan perundangan sivil di Malaysia dengan memfokuskan bentuk-bentuk pengabaian kanak-kanak berdasarkan kes yang berlaku dari tahun 2013 sehingga 2018. Kedua, kajian ini menganalisis jaminan perlindungan terhadap hak kanak-kanak yang diabaikan. Ketiga ialah mencadangkan garis panduan perlindungan kanak-kanak daripada pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga di Malaysia dengan menganalisis cabaran penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes berkaitan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data adalah secara analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bersama informan terdiri daripada hakim dan pegawai jabatan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Data-data terkumpul dianalisis secara deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa pengabaian dan kecuaian merupakan satu penganiayaan kepada kanak-kanak yang merangkumi bentuk fizikal, emosi dan seksual. Jaminan perlindungan kanak-kanak menurut syarak antaranya hadanah, nafkah, penyusuan, nasab, harta pusaka, perwalian dan pendidikan. Jaminan yang sama diperuntukkan di dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri. Namun, enakmen-enakmen tersebut tidak mengkhususkan secara langsung isu pengabaian dan kecuaian kanak-kanak. Jaminan perundangan terhadap kes pengabaian dan kecuaian kanak-kanak di Malaysia terletak di bawah bidangkuasa persekutuan dan jelas termaktub dalam Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016. Cabaran yang dikenal pasti daripada kekangan penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes adalah simpati terhadap tekanan dan kesedihan ibu bapa atau penjaga, kes-kes tidak dilaporkan atau tiada tindakan susulan, kesamaran definisi cuai atau abai, kesamaran Seksyen 31 dan 33 Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 dan dilema selepas penguatkuasaan dan pendakwaan. Implikasi kajian mencadangkan keperluan garis panduan perlindungan kanak-kanak daripada pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga di Malaysia melibatkan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan agensi penguatkuasa. Kewujudan garis panduan ini dilihat penting dalam mengisi kelompangan undang-undang dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa. Cadangan ini juga dapat melicinkan proses penguatkuasaan dan pendakwaan kes sekali gus dapat memberi keadilan kepada hak perlindungan kanak-kanak di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Child abuse -- Law and legislation -- Malaysia | - |
dc.subject | Child abuse -- Religious aspects -- Islam | - |
dc.subject | Children -- Legal status | - |
dc.subject | laws | - |
dc.subject | etc. -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Garis panduan perlindungan kanak-kanak daripada pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 270 | - |
dc.identifier.callno | KQB.N846 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006568(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128727+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.41 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.